Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 25, 2012


Sunday, December 23, 2012

Bak Sutera Di Helai Mawar




assalamualaikum...
buatapa tu ?? da start study ? 
mestilah belum kan..
hihi.. eh boring ? tak taw nak buatpa? nak study tp takde mood ?
meh baca cerpen kawan aku, Indra Saifullah Al-Fath @Sarini

Di masjid sembulan itu dia duduk di salah satu tangga pintu keluar, memerhati alam malam, bulan dan bintang.. duduk seorang diri memerhati keagungan tuhan, bagaimana langit berdiri tanpa tiang. Dan hebatnya bulan kekal di atas paksinya. Persoalan-persoalan indah yang mengingatkan betapa kerdilnya diri ini.. dia tersenyum tatkala teringatkan tentang sebuah kisah 7 tahun yang lalu yang mengubah haluan hidupnya. Sebuah kisah tentang dirinya dan sehelai saputangan yang bersulam merah.
********************************************************************************

entah bagaimana syahrul boleh kalah malam itu, sudah habis dia modified motor kesayangan tu tapi masih tidak dapat juga tewaskan pencabar ketatnya Yamaha 125. ‘ argghhh,abis mood ak!’ teriak syahrul selepas perlumbaan haram malam itu selesai, di Bukit Pemerhati itu dia membawa diri , mengasingkan diri jauh dari kesibukan kota yang tidak kenal erti Tidur. Tidak lama kemudian azan subuh berkumandang, apa yang menarik hatinya tika itu adalah azan yang mendayu dilaungkan, pernah juga dia terfikir tentang jahilnya diri. Bukan tidak mahu berubah, tapi tidak ada sesiapa yang mahu mengubah hidupnya. Dia berubah kerana si dia, dia berubah kerana cintanya, dia berubah kerana cerita cinta lama sudah berubah.

‘syah.. gi hantar barang ni kat Tauke Ah Wong.. dia nak guna katanya,ada customer layan harga dia bagi tu.. nanti ada alar imbuhan sikit dia bagi.. tolong aku ek,’ Fahmi rakan sekerja Syahrul menyerahkan bungkusan berisi Racing Bloke pada Syahrul, di bengkel motor ini lah Syahrul menghabiskan segala kepakarannya untuk bekerja pada siang hari dan berlumba tiap-tiap malam minggu.
‘hmm ya lar, apa-apa hal pun memang aku yang pergi hantar,’ syahrul mencebik. ‘hmmm bagus juga aku keluar makan angin jap..’ monolog syahrul dalam hati.

dekat selekoh masuk Kompleks Karamunsing itu dia memperlahankan motornya, melihat sesuatu di hadapan tempat parking kenderaan yang ketika itu ramai orang berkumpul seolah-olah menyaksikan sesuatu.
‘aik? Kemalangan?’ syahrul tertanya-tanya, perlahan-lahan dia menjongketkan motornya kearah ramai orang berkumpul itu.

‘wah wah wah.. hei kau dah langgar motor aku, pastu kau nak blah macam tu jer?!! Wei ganti rugi benda nii sekarang!!’ bentak seorang mat motor yang kelihatan seperti mat rampit ala-ala dalam filem REMP-IT.

‘tapi encik, motor ni tak rosak teruk, bukan motor ni jatuh pun..tengok tu,calar sikit jer pun.. yang kereta saya ni yang calar teruk tak pun saya minta ganti’ balas seorang wanita yang berpurdah,di tepinya ada 2 orang lagi muslimah yang juga berpakaian seperti yang dia gunakan, jubah dan niqab.

‘ahh saya tak peduli, kalau kau tak nak ganti rugi motor saya ni, saya pecahkan cermin tingkap kereta ni!’. lelaki itu cuba menghempas helmet kuningnya kearah cermin kenderaan wanita tadi , tapi tak semena-mena..

Muncul kelibat seorang lelaki yang menahan tangan mat motor tadi dan melepaskan tumbukan kearah muka lelaki tersebut . Syahrul!

‘hoiii siapa kau hah!’ ucap mamat motor tu dgn menahan kesakitan di mukanya.
‘saya lah penunggang motor yang berhemah di siang hari !!, wei pacik.. you dah lar halang motor gua nak masuk parking, pastu buat bodoh jer? Tak Nampak kah berapa ramai lagi pengguna-pengguna kenderaan kat sini yang nak parking?’ ujar syahrul sebelum melangkah seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak lama kemudian datang 7 orang lelaki yang juga berpakaian rugged macam mat motor tadi dan kini sedang mengelilingi dirinya.

‘oo.. nak tunjuk samseng ar, wei lemau.. kau tak kenal siapa aku!!’ mamat motor tadi kini juga mengikuti rakan-rakannya mengepung syahrul. Syahrul menghidupkan rokoknya dan berkata..
‘abang Farid Kamil, saya datang bukan nak gaduh, saya nak parking jer.. ‘ ujar syahrul dgn asap rokok yang berkepal-kepal dihembus melalui hidung.
…………………………………………………………………………………………………………….
tak sampai 10 minit lelaki-lelaki tadi tumbang di tangan syahrul, sememangnya dia juga seorang fighter jalanan.tapi tak ramai yang mengenalinya disebabkan dia sentiasa memakai helmet biru kesayangannya setiap kali ada pergaduhan antara mat-mat rampit, kecuali pada waktu ini.

‘hmmm.. patut lar sakit.. dia main pisau rupanya’ monolog syahrul sendirian tatkala duduk bersandar di ruangan parking tingkat bawah kompleks tersebut, di belakang pinggangnya terhiris satu torehan kecil tapi tidak dalam, mungkin disebabkan torehan ketika pergaduhan tadi, itu pun tanpa disedari olehnya. Sebatang lagi rokok dihidupkan sebelum dia menyambung menekup luka di pinggang itu dengan tuala kecil yang dibawanya.

‘encik.. tak perlu lah berpura-pura dengan lakonan itu semua, saya da agak orang macam encik ni hanya nak mngorat wanita-wanita macam kami. muslimah berpurdah tadi datang bersama-sama 2 orang rakannya, tapi jauh dalam hati masing-masing ada sedikit perasaan cuak, takut melihat syahrul yang berpakaian seperti mat-mat rempit tadi. Siapa-siapa tengok pun dah tahu syahrul tu budak motor. Tapi tak siapa pernah tahu dirinya yang sebenarnya melainkan orang-orang yang rapat dengannya.

‘aaa.. apa??’ soal syahrul sambil berdiri dan menahan pinggangnya.

‘saya tahu ni semua mesti lakonan, ye lar tak kan tiba-tiba encik datang dan siap kalahkan 8 orang tadi.. tidak usah munafik encik.. minta diri dulu’ ucap wanita sebelum melangkah bersama rakan-rakannya.

‘ustazah oii..’ panggil syahrul yang sedikit berang dengan kata-kata wanita tadi sebelum menyambung ‘ni pe hal lak cakap bukan-bukan?’. wanita tadi berpaling.

‘kalau ustazah fikir saya nak buat macam tu, harap maaf la ya saya katakan.. saya ingat semua perempuan bertutup muka macam ninja ni baik-baik.. wei kalau macam tu la terima kasih kamu dekat saya, ok then saya terima..’ syahrul melangkah pergi dalam hatinya tak habis-habis geram dengan ucapan ‘terima kasih ‘ wanita tadi. Ketika dia berpaling itulah wanita tadi ternampak pinggang syahrul yg berdarah, melalui tompokan darah pekat dekat pakaian luarnya yang lusuh.
‘ya ALLAH.. encik!! Tunggu kejap..’ wanita tadi memanggil syahrul sebelum meminta maaf.
‘saya minta maaf ,saya ingat itu semua tadi lakonan’
‘kamu ni.. banyak sangat layan cerita cinta agaknya, da lar’ cebik syahrul sebelum menuju kearah motornya.
‘encik.. saya benar-benar minta maaf, demi ALLAH saya minta maaf encik..’ ucap wanita itu ,dalam hatinya benar-benar kesal dengan apa yang sudah dia katakan awal tadi. Syahrul berpaling dan berkata
‘ustazah, kamu nak tahu tak? Tak perlu nak minta maaf dengan mat samseng macam saya ni, dunia ni dah takde lagi kasih sayang untuk orang-orang macam saya’
‘tapi..’ belum sempat wanita tu habiskan kata-katanya, syahrul sudah menunggang motornya keluar,barang yang harus dihantar tidak jadi dihantar, dia perlu balik dan membalut lukanya itu. sempat juga wanita itu menghafal nombor flat motor syahrul, SA 786 H.
‘fini, kesian ana dekat mamat tu, dia tolong kita tapi anti pula marah dia macam tu,’ ucap nisa rakan wanita yang berpurdah itu.

‘malam ni aku tak boleh kalah lagi, dah habis segala kudrat ku curahkan ke atas motor ni.’ Syahrul berkata-kata sendirian sambil menepuk motornya, malam ini dia akan ikut berlumba sekali lagi.
Wisel dibunyikan dan perlumbaan bermula, syahrul berada di tempat ketiga dalam 17 orang yang berlumba itu, dari Jambatan bertingkat sebelah Terminal Wawasan menyelusuri highway Sutera Harbour sehingga menghampiri Kepayan dia kini berada paling hadapan. Beberapa kilometre lagi mereka akan tamat di hadapan simpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ketika hampir dengan stesen minyak itu berlaku satu kemalangan antara sebuah perodua viva dengan proton wira. Dan berlaku letupan kecil di bahagian enjin viva tadi sebelum meletup, penumpang-penumpang proton wira tadi sempat melompat keluar dan menjauhi kebakaran itu, tapi dalam produa viva tersebut, 4 orang penumpang masih terkunci kerana kenderaan mereka terhimpit dalam sebatang parit tepi jalan.
Syahrul tidak sempat memperlahankan motornya dan terpaksa membrek secara mengejut menyebabkan tayar belakang motornya terangkat, tanpa menurunkan kaki motor dia membiarkan motornya jatuh ke tanah lalu bergegas dan bertanya pada penumpang proton wira tadi, difahamkan oleh penumpang proton tersebut yang kini terduduk dalam sedikit kapayahan, kesemua penumpang kenderaannya telah selamat keluar tetapi penumpang produa viva itu kini tersepit dalam parit dengan kebakaran di bahagian enjin kenderaan, tanpa berfikir panjang syahrul cuba membuka pintu produa tersebut tapi tersekat. Dia menghempaskan helmetnya kearah cermin perodua tersebut dan membuka pintu kereta itu dari dalam melalui tingkap yang dipecahkan. Dilihatnya semua penumpang produa itu pengsan, mereka terdiri daripada 4 orang wanita termasuk pemandu. Tanpa berlengah lagi syahrul menarik tangan wanita pertama dari kerusi belakang dan dibantu oleh penduduk kampong berhampiran yang datang memberikan pertolongan, selesai 3 orang dikeluarkan kini tinggal seorang lagi yang duduk di hadapan sebelah pemandu, susah untuk syahrul menariknya keluar dari tempat duduk tersebut kerana kedudukan sebelah kiri kereta yang tersepit dalam parit itu, dan penumpang itu kini berada dalam kedudukan tersepit tersebut. Melihat keadaan itu, perasaan syahrul semakin cemas, tangannya bergegar. Sebuah kisah lama singgah di fikirannya kala itu. Traumanya kembali.
Perlahan-lahan wanita itu membuka matanya, pandangannya kelihatan kabur dan sesekali terdengar suara seseorang menyuruhnya bertahan..
‘cik..cik..bertahan, sekejap lagi saya keluarkan kamu dari sini, bertahan sikit lagi’ syahrul memberi dorongan sambil berusaha membuka tali pinggang keledar wanita itu, tiba-tiba bahagian enjin yang terbakar itu meletup lagi dengan satu letupan kecil, tak semena-mena syahrul menghalang letupan itu dari singgah kearah mereka dengan membelakangkan tubuhnya menghala cermin hadapan kereta bagi mengelakkan serpihan cermin tersebut terkena wanita yang kini berada dihadapannya, terbakar sedikit belakang bajunya dan cermin-cermin kecil yang tajam melukai belakang tubuh, ada yang tertusuk di belakang badan. Syahrul melihat wajah wanita itu,
‘tahan, jangan pejam mata awak, sikit lagi…’ ucap syahrul sambil menarik sehabis daya tali pinggang keselamatan yang kini mengikat tubuh wanita itu, syahrul cuba mencari apa sahaja benda tajam untuk memutuskan safety-belt itu tapi tidak menjumpai sesuatu yang dapat menolong, dahi wanita itu berdarah dan dengan mengggunakan sapu tangan yang sering dibawa syahrul, dia menekup dahi wanita itu, tudung putih yang dipakai wanita itu habis lencun dengan warna merah. Dengan hangatnya api dari arah belakang syahrul, dan manik-manik peluh jantan yang membasahi wajah, syahrul mencuba lagi dengan menarik safety-belt tersebut sekuat mungkin dengan harapan ianya akan terputus tapi sia sia. sekali lagi menggunakan serpihan cermin pecah yang dicapainya dia menggores tali tersebut dan berteriak sekuat hati… kerana situasi ini mengingatkannya tentang memori silam, tentang dia dan arwah tunangnya. Sebuah kisah yang telah mengubah hidup seorang pemuda yang amat mencintai wanita yang telah pergi buat selamanya.
‘tidaaaaaaaaak,’ dan akhirnya tali itu terputus. Wanita itu terdorong kedepan,syahrul menahan bahu wanita itu dan berkata dengan suara perlahan..
‘tuhan memang sayang dekat kamu.. jangan takut.’ Dengan mata berkaca Syahrul tersenyum sambil mengangkat tubuh wanita itu ke atas kearah tempat duduk pemandu, di luar sana beberapa orang pemuda kampong datang menghulurkan tangan untuk menyambut wanita tadi sebelum diletakkan wanita itu di atas tanah kira-kira 50 meter jauh dari kenderaan yang dijangka akan meletup. Dan kemudiannya satu letupan berlaku disebabkan minyak petrol yang tumpah mengalir lalu bertakung di parit tersebut sebelum terkena percikan api dari hadapan kenderaan.
Dari jauh syahrul yang luka-luka dan kepayahan bernafas duduk seketika mengambil udara, perlahan-lahan dia bangkit dan menaikkan motornya yang rebah lalu menghidupkan enjin. Sebelum dia pergi, syahrul menatap pemandangan kenderaan produa tersebut yang kini sedang terbakar.
‘ ratna..’ syahrul teringat arwah tunangnya dahulu yang meninggal dalam nahas kenderaan,kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum termasuk dalam longkang besar. Sewaktu kejadian, dia berusaha menarik ratna keluar dari kereta, tapi segala-galanya terlambat.. ratna yang tersepit oleh safety-belt meminta syahrul keluar sebelum kereta itu meletup, juga disebabkan bahagian enjin terbakar sama seperti yang dilalui sebentar tadi.
‘abang.. keluar abang..’ pinta ratna dengan nafas yang kian menghimpit.
‘tidak ,kita sama-sama keluar … abang akan bawa ratna keluar.. ‘ ucap syahrul dengan penuh linangan air mata sambil berusaha membuka kunci safety belt dipinggang ratna. Walaupun pandangannya kian kabur disebabkan darah yang banyak mengalir keluar melalui kepala, tidak mematahkan semangatnya untuk menyelamatkan insan yang dia sayangi.
‘abang.. ratna amat berterima kasih abang..’ sambil memegang lengan syahrul, ratna meneruskan kata-katanya,’ sebab abang benar-benar buktikan abang seorang yang baik.’
Syahrul tidak pedulikan kata-kata ratna tersebut malah menyuruh ratna diam dan bertahan.
‘abang tahu tak.. abang terlalu baik untuk ratna,’ darah menyembur keluar. Kunci safety belt yang dipakainya berjaya dibuka dan syahrul menarik tubuh ratna keluar. Hujan mulai turun, diangkatnya ratna jauh dari kenderaan mereka sebelum dibaringkannya di atas rumput, tidak lama kemudian kenderaan tersebut pun meletup.
‘ratna…rat..na..’ syahrul cemas, ditepuk-tepuknya pipi ratna.
‘abang, maafkan rat..na.. , ratna tak.. tak dapat ja.. jadi ister.. ri abang..’ ucap ratna seraya memberikan saputangan miliknya yang disulam sendiri kepada syahrul, saputangan putih yang bersulam merah dengan sebuah bait perkataan,Bak Sutera Di Helai Mawar. Saputangan itulah lambang kisah cinta mereka. Mengalir airmata jernih dari kedua-dua mereka, dirangkulnya tubuh ratna ,digenggamnya jari-jemari ratna. Teresak-esak syahrul menahan airmata.
‘tidaaaaaaakkk.. jangaannnn pergiiii’.laung syahrul sekuat hati.
Dibawah hujan lebat ,di pinggir kawasan jauh dari perkampungan ,tidak ada sesiapa menolong mereka. Hujan seolah-olah menangisi pemergian rembulan dari dakapan arjuna. Dan akhirnya syahrul tidak dapat menahan tangisannya dari meratapi pemergian Ratna.
Bunyi siren mengejutkan syahrul dari memori silam, dia berpaling dan ternampak dari kejauhan nyalaan lampu siren dari dua buah kereta peronda dan sebuah ambulan yang menyusul tidak lama kemudian. Sekali lagi dia berpaling memandang kenderaan wanita tadi yang terbakar.
‘ratna..’ sekali lagi nama itu terucap keluar,syahrul meninggalkan kawasan kemalangan tersebut dan menunggang jauh lalu menghilang dalam kepekatan malam yang hanya ditemani susunan lampu kuning jalan raya.

‘alhamdulillah, syukurlah anak umi da selamat,’ ucap puan Zahra sambil mengusap pipi Fini. Dia yang bertugas sebagai ustazah di sebuah sekolah harian biasa di Kota Kinabalu bergegas ke hospital Queen Elizabeth bersama suaminya Ustaz Nawir pada malam kejadian fini dan teman-temannya kemalangan. Segalanya telah diceritakan oleh teman rapat Fini kepada ibunya termasuk kehadiran seorang lelaki misteri yang tiba-tiba datang dan tiba-tiba hilang. Yang tinggal sebagai bukti kehadirannya Cuma sehelai saputangan yang tersulam sebuah bait perkataan.
‘bak sutera di helai mawar.’ Fika membaca sulaman itu. Saputangan berwarna putih krim dan sulaman berwarna merah itu kini berada dalam genggaman tangannya, dia tertanya-tanya. Mungkin ini milik salah seorang pemuda kampong yang menyelamatkannya, tapi daripada cerita yang diperolehinya daripada seorang lagi rakan yang sedar ketika itu saputangan ini milik seorang pemuda bermotor yang susah payah menyelamatkan mereka semua.
‘ya ALLAH, segala puji bagi Engkau yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.. syukur kami kepada rahmat dan pertolongan mu ke atas anak perempuan kami ini ya ALLAH..alhamdulillah.’ doa ayah fini yang berada disebelahnya. Ayahnya seorang ustaz , juga seorang guru agama yang disegani oleh ramai kenalan mereka di Sabah ini.
-dua bulan kemudian….-
Petang itu, syahrul turun kerja seperti biasa.
‘assalammualaikum nak,’ seorang pak cik menyapanya,dia datang untuk melihat-lihat motorsikal yang hendak dibeli.
‘waalaikumussalam ..ya..ada yang bole saya tolong ,pacik?’ syahrul mengelap tangannya yang berminyak sebelum mendekati pak cik tua itu lalu bersalaman dengannya.
‘pak cik mahu tengok-tengok motor dulu, nak beli untuk anak pacik…senang sikit untuk dia pergi kuliahnya nanti.’ Terang pak cik itu tanpa berbasa basi
‘ooo..gitu, mari saya tunjukkan’ syahrul melayan pacik tersebut dengan baik kerana pelanggan yang datang ke kedai motor mereka ibarat emas datang ke timba bagi bosnya, tapi tidak bagi syahrul, baginya orang-orang yang lebih tua harus dihormati. Itulah diri syahrul,meskipun dia dilihat seperti budak motor, tapi jauh dari perwatakkannya dia seorang yang peramah.
‘anak ni asal mana?’ Tanya pak cik tadi sementara menunggu skuter comel yang dipesannya dikeluarkan dari belakang stor.
‘saya ni asal tawau pacik, tapi sekarang menetap di Putatan… saja nak timba pengalaman di tempat orang’ balas Syahrul yang sedang membaiki motornya sementara kedai mereka tidak ramai pelanggan yang hadir.
‘ooo tawau, anak ni nampak macam mat rempit,budak samseng.. tapi pak cik tengok anak ni lembut juga orangnya,’ usik pak cik tersebut sambil ketawa kerana terpandang sticker di badan motor syahrul yang tertera perkataan..
‘bak sutera di helai mawar…’ syahrul mengungkap perkataan sticker itu kemudian menyambung,
‘dah ramai yang cakap macam tu pak cik..’
senyum syahrul, tangannya ligat memutar skru pada bahagian kaburator. Dia tidak ambil hati dengan usikan itu, kerana baginya hanya dia yang tahu kisah di sebalik bait perkataan tersebut.
‘kadang-kadang ada cerita disebalik sebuah nama pak cik..’ syahrul mesra melayan pak cik itu.
Selepas urusan pembelian skuternya, bos syahrul menyuruhnya untuk menghantar skuter itu ke rumah pak cik tadi disebabkan pak cik itu datang menggunakan kereta. Syahrul membontoti kereta pak cik tadi hingga ke rumah, sambil-sambil dia memikirkan semula nasihat yang diberikan pak cik tua itu semasa di kedai motor sebentar tadi. Setibanya di rumah, kunci diserahkan oleh syahrul kepada pak cik itu . tapi dia pula terpaksa dihantar pulang oleh anak perempuan pak cik tersebut dengan bertemankan seorang lagi rakannya setelah dipujuk oleh pak cik itu, walaupun keberatan untuk dihantar tapi syahrul akur memandangkan hari sudah hamper senja. Pada mulanya pak cik itu merancang hendak menghantarnya sendiri ke kedai motor tadi, tapi dia teringatkan pelawaan sahabatnya untuk datang ke majlis kenduri tidak jauh dari tempat tinggal mereka, jadi dia terpaksa meminta anaknya untuk menghantar syahrul pulang.syahrul duduk dibahagian belakang kereta dan hanya memandang ke luar tingkap. pada mulanya syahrul tidak mengenali wanita itu, begitu juga dengan Noorafini. Sehinggalah syahrul tiba semula ke tempat kerjanya, kedai sudah hamper tutup. Syahrul segera mengemas barang-barang dan balik dengan menunggang motorsikalnya. Di simpang lampu merah, dia berhenti betul-betul sebelah kereta yang menghantarnya pulang tadi. Tapi pura-pura dia tidak melihat kereta tersebut, takut dikatakan gatal.
‘eh fini, tu kan mamat tadi yang kita hantar tu.’ Ujar alia sambil memandang kearah syahrul yang berada di sebelah kiri kereta mereka. Noorafini hanya memandang seketika sebelum berpaling memandang lampu isyarat dihadapan. Lampu bertukar hijau, syahrul memecutkan motornya mendahului kereta mereka. Waktu itulah Alia menyebut..
‘bak sutera di helai mawar..’
Tersentak Noorafini dengan perkataan itu, kerana dia juga terbaca tulisan sticker pada motor Syahrul.
‘masya ALLAH..’ fini menekan minyak dan berniat mengejar syahrul. Niatnya hanya ingin tahu tentang sticker tersebut, adakah syahrul yang menyelamatkannya pada malam kejadian. Dan dalam pada itu juga barulah dia teringatkan wajah syahrul kembali ketika di kompleks karamunsing dahulu. Sah memang syahrul orang yang dimarahinya, tapi adakah dia juga adalah orang yang sama menyelamatkannya.
Tanpa disedari syahrul, noorafini dan rakannya telah mengekorinya sehingga ke rumahnya, noorafini meletakkan kenderaannya agak jauh sedikit dari perkarangan rumah syahrul bertujuan mengelak dari diketahui oleh syahrul, beberapa minit kemudian kelihatan syahrul keluar lengkap berpakaian melayu,bersarung dan berkopiah lalu berjalan kaki menuju ke masjid . terkejut juga mereka dengan penampilan syahrul tersebut, siapa sangka budak motor macam syahrul itu kini sedang berpakaian begitu dan menuju pula kearah masjid.

‘encik,’ noorafini menegur syahrul yang baru hendak melangkah keluar dari perkarangan masjid. Dia dan rakannya alia juga baru selesai solat berjemaah di masjid tersebut, tapi sebelum tu dia sudah menghubungi ayahnya untuk meminta izin.
‘saya nak tahu tentang motor encik kat rumah tu’ syahrul pelik dengan soalan tersebut. Pertama kali seorang wanita seperti dihadapannya ini bertanyakan tentang motor, lebih-lebih lagi motor miliknya.
‘kenapa dengan motor tu?’soal syahrul yang masih tidak mengenali wanita dihadapannya itu kerana noorafini tidak memakai niqabnya semenjak keluar rumah tadi.
‘encik tidak kenal saya?’ Tanya noorafini. Syahrul menggeleng perlahan sambil memandang noorafini dan alia. Sehelai saputangan dikeluarkan dari beg tangan lalu diletak melintang dari bawah paras mata seolah-olah menyerupai niqab. Syahrul bertambah pelik. Noorafini mengeluh pendek dan berkata..
‘ni saya la encik.. kat kompleks karamunsing dulu encik pernah tolong saya,’ ujar noorafini seraya menurunkan saputangan tersebut
‘laaa… ustazah ninja rupanya,’ cepat-cepat syahrul melangkah, rasa terkilan dengan sikap noorafini dahulu. ‘apa dia buat kat sini?’monolog syahrul dalam hati.
‘encik..tunggu lar dulu,’ noorafini memanggil tapi tidak dipedulikan syahrul.
‘bak sutera di helai mawar…’ noorafini menyebut perkataan yang tersulam pada saputangan yang kini dipegangnya. Langkah syahrul terhenti, hatinya tersentak.. dia berpaling.
‘saputangan ni milik encik bukan?..’
‘mana kamu dapat saputangan tu?,” syahrul tidak ingat bahawa dia pernah menekup luka di dahi noorafini menggunakan saputangan tersebut, dan dia juga tidak mengecam wajah noorafini pada malam nahas kemalangan tersebut. Perlahan-lahan syahrul mendekati noorafini,tapi tidak terlalu rapat,sekadar lima enam langkah di hadapan noorafini.
‘jadi memang benar lar saputangan ni milik encik?.. kalau begitu tentu encik lar juga orang yang menyelamatkan saya sewaktu tersepit dalam kereta dua bulan lepas..’
Barulah syahrul teringat insiden kemalangan dimana dia pernah menyelamatkan beberapa orang penumpang dalam sebuah produa viva dua bulan lepas.
‘memang tuhan benar-benar sayang kamu ..’ ucap syahrul sambil tersenyum kecil, dilihatnya saputangan bersulam merah itu dengan teliti. Difikirkannya saputangan itu telah tercicir dimana-mana,rupa-rupanya ia berada pada seorang wanita yang pernah diselamatkannya dahulu. Nooorafini tertanya-tanya, hairan dengan senyuman syahrul. Sejurus kemudian syahrul langsung berpaling dan berjalan meninggalkan mereka.
Keesokkan harinya, noorafini ditemani rakannya alia datang ke kedai motor syahrul. Melalui pemilik kedai merangkap majikan syahrul, dia difahamkan bahawa syahrul sudah berhenti kerja dan semalam merupakan hari terakhir dia bekerja disitu. Sedih perasaan noorafini, kerana tidak sempat mengucapkan terima kasihnya atas pertolongan syahrul sebanyak dua kali. Diberitahu juga bahawa syahrul sudah kembali ke kampungnya untuk menggantikan bapanya mengendalikan syarikat kelapa sawit milik keluarga mereka. Barulah diketahui oleh noorafini bahawa syahrul itu berasal dari keluarga yang berada, tapi dia masih tertanya-tanya mengapa syahrul kelihatan seperti budak rempit . melalui cerita majikan syahrul juga, dahulunya syahrul itu bekerja dengan bapanya di syarikat milik keluarga mereka di tawau sebelum dia berubah jadi budak motor yang gelendangan disebabkan kecewa dengan kematian tunangnya Ratna, seolah-olah dia sudah kesal dengan hidupnya sendiri. Sedikit sebanyak sudah diceritakan mengenai syahrul, tapi jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Noorafini tidak berkesempatan menemui syahrul lagi.

Hari ini sudah 1 tahun berlalu semenjak peristiwa pertemuan di masjid tersebut, syahrul tidak lagi seperti dahulu, dia sudah berubah semenjak pulang ke kampong halamannya. Di sana dia rajin mengikuti kelas agama dan ceramah-ceramah agama disamping mengusahakan syarikat kelapa sawit milik keluarga. Sering juga dia mengikuti kuliah-kuliah agama yang selalu diadakan oleh mana-mana pendakwah. Semuanya berubah apabila seorang pak cik tua pernah menasihatinya ketika dia masih bekerja di bengkel motor dahulu.
‘kekecewaan itu hanya menguburkan harapan manusia, di dunia ini tidak akan kekal segala kebahagiaan begitu juga dengan kesedihan. Pak cik percaya, anak ni kecewa dengan sesuatu, tapi pak cik masih dapat melihat satu harapan dalam diri kamu yang masih muda ni. Percayalah, tiap-tiap sesuatu yang berlaku itu andai ia mengecewakan kita , terimalah dengan kelapangan ..in shaa ALLAH.. kebahagiaan akan bersinar dalam hati kita semula,’
Kini dia sudah redha pemergian Ratna, dia akur atas ketetapan tuhan. Sesungguhnya tiap-tiap pertemuan dan perpisahan itu di tangan tuhan. Dan tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Perjalanan hidup ini amat sukar untuk dimengerti, melainkan jika menjalaninya melalui garis-garis yang sudah ditetapkan dalam kitab agung-NYA.
Malam ini, di ruang tamu rumah mereka, ayah syahrul berbincang dengan syahrul mengenai hajatnya dan isterinya untuk meminang anak sahabat mereka itu bagi pihak syahrul, syahrul akur dan diarahkan sendiri untuk ke rumah ayah perempuan tersebut bagi tujuan merisik. Ketika berada di rumah sahabat ayahnya itu, dia merasakan seolah-olah pernah ke rumah itu, cuma ingatannya belum benar-benar pasti. Sehinggalah sahabat ayahnya itu memunculkan diri barulah dia sedar itulah pak cik yang pernah menasihatinya dahulu. Setelah syahrul memperkenalkan diri sebagai budak motor yang dahulu pernah menghantar skuter ke rumah mereka, pakcik itu tidak menyangka dia akan menerima sebuah rombongan lamaran dari seorang pemuda yang satu ketika dahulu pernah singgah ke rumahnya sebagai budak motor , dan kini pemuda itu kelihatan jauh berbeza dengan penampilannya yang kemas, wajah yang bersih berkat wudhu yang dijaga dan keterampilan yang benar-benar menyejukkan mata, tambahan lagi pemuda itu merupakan anak sahabat baiknya ………………………………………………………………….
Dan … ‘Aku terima nikahnya..’

‘abang..jom balik.. anak-anak da mengantuk ni’
Panggilan noorafini menghentikan lamunan syahrul tika itu, dia bangkit berdiri dari duduk di tangga masjid sembulan dan bersalaman dengan isterinya. Noorafini mencium tangan syahrul diikuti anak-anak mereka Farhana dan Saiful yang masing-masing baru berusia 6 dan 5 tahun. Selepas mencium tangan ayah mereka, farhana dan saiful berlari-lari anak menuju ke arah kenderaan mereka. Gelagat mereka menghiburkan hati suami isteri ini.
‘tak sangka da 7 tahun kan abang pertemuan kita’ noorafini membuka bicara sambil melangkah mengiringi langkah syahrul.
‘dan tak sangka kita dah ada dua cahaya mata’ sahut syahrul sambil memimpin tangan isterinya.
‘innalilahiwainna ilahiroji’uun..’ spontan ucapan noorafini apabila terpijak lubang kecil yang terbentuk di atas jalan. kakinya terseliuh sedikit.
‘tuhan benar-benar sayang kamu..’ ucap syahrul tersenyum sambil memimpin kembali tangan isterinya perlahan-lahan menuju ke kereta mereka. Noorafini menyambut senyuman syahrul dengan sedikit cebikan sayang seorang isteri. Malam yang dingin membuatkan noorafini bersin. Syahrul mengeluarkan saputangan bersulam dan menyerahkan pada isterinya untuk mengesat hidung.
‘terima kasih abang..’ ucap noorafini sambil merapatkan pelukannya di tangan syahrul.
‘bak sutera..’ ungkap noorafini dan disambung oleh syahrul, ‘di helai mawar.’

----------------------------khatam-----------------------------
‘ tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita’ –sarini bin sadi
 

Saturday, December 22, 2012

Asam Garam Kehidupan

assalamualaikum semuaa ~
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberi kenikmatan dan peluang untuk perbaiki diri.
syukur alhamdulillah :)
kalau baca tajuk entry macam banyak benor je asam garam kehidupan aku kan.
macam dah banyak benorrr makan garam..
hai orang 9x bercinta pulak ni ~~
hahahaa. kalau nak cakap pasal cinta dan bercinta sampai bila2 pun tak habes.
memandangkan sekarang da start study week bermakna semester 1 pun hampir tamat dan bermakna final exam pun dah dekat. hewhew
so sama-sama la kita berusaha dan berjihad bagi mendapatkan dan memanfaatkan ilmu yang diberikan oleh lecturer selama 14 minggu pembelajaran :)
solat Dhua jangan lupa, supaya sentiasa diredhai dan dikurniakan rezeki.
andai kejayaan itu milik kita,ia akan datang 
namun andai kejayaan tu akan membuat kita lupa pada yang Esa, berhati-hati lah.
sekarang kita tengok gambar2 kehidupanku sejak semester ini bermula. huhuhuuh


ktn-kL-kk


after dibuang asrama, kami berpindah ke banglo 3 tingkat. hewhew

 dats our home sweet home :)


lecture for this semester. hewhew
atas kiri (kae,shyqin,fatin)
bawah kiri (mila,syira )

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012
wif classmate SPTA :)

the best part in my life <3
Selamat Hari Raya Aidiladha :)
ukhwah fillah yang baru ~

shyqin and kilson
(btw,juadah raya prepared by me and fatin tw )


silviculture lab 


field trip Inventory at Crocker Range,Keningau :)


Bornion Timber, Sook Keningau :)

dats all for today .
gud luck semuaaaaaaaa
jangan stress2,kekekekee
next entry tahun depan pulak :)

sekian dari syira yg agak hepy sem ni,
senyum tak perlu kata apa-apa :)




Saturday, December 15, 2012

Crocker Range

Haii Assalamualaikum :)
belum terlambat rasanya nak ucapkan salam 1 safar 1/2/34
bulan kedua dalam kalendar islam kan.
sekejap je masa berlalu dah nak abes sem satu bg tahun dua.
yess,sangat sekejap !
kalau sem lepas hidup kampusku digenangi airmata kesedihan tapi syukur alhamdulillah semester ini hidup kampusku diiringi gelak tawa :D
mungkin sebab hati berbunga ? ntah laa.
eh btw, bukan nak buat kisah cinta kat sini tapi nak tunjuk gambar-gambar time field trip di Banjaran Crocker :)
semester ni kami banyak field trip taw.
kadang-kadang cerita hidup kita bole disampaikan melalui gambar kan ?
saksikannnnn......
(post ni yg tersimpan dalam draft smlm sbb laptop aku demam panass)




opss , sebenarnya ini sahaja gambar yg ada pada aku. kekekkee
mesti ada yg tertanya-tanya 'apa warna putih yg pakai kat kaki tu?''
naaaa.. kalau nak tw tu la stokin pacat.
utk elak pacat masuk dalam kasut (bg yg takut pacat )
ni lah gaya-gaya seorang FORESTER
sekian, Salam Rimbawan,
senyum tak perlu kata apa-apa :)



Tuesday, November 20, 2012

Sembang di Pagi Hari



Assalamualaikum and selamat pagi :)
sempat lagi mengupdate kan.
sekarang jam menunjukkan pukul 6.51 tapi tak tw la jam dalam blog ni pukul berapa..
pukul 8 ada kelas wood science,hewhewhew
hari ni dah 20 November 2012
kejap sangat masa berlalu dah masuk pun tahun baru mengikut kalendar islam.
tasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah yg ke 1434
entry kali ni aku pun tak tw nk bg tajuk apa.
sekadar mengisi kekosongan menunggu waktu mandi.
pagi yang cerah,syukur alhamdulillah :)
tapi kasut dah basah sebab semalam p kelas naik motor dalam hujan. hihihi
masuk kelas dengan baju basah tak brapa nk kuyup dengan Ziela.
esok ada jualan Expo Apk, mudah-mudahan berbaloi la modal rm50.
disebabkan terlampau banyak assignment and kerja-kerja dalam group menyebabkan banyak ketegangan dalam kalangan kami d SPTA.
semua orang akan ada masalah dengan group masing-masing termasuklah AKU.
tapi susah la kalau sukaaaaa sangat cakap belakang, tapi normal lah kan.
bila kita cakap orang,orang akan cakap kita balek.
tapi selalunya yang jadi kat aku,orang yang aku tak pernah kata tu yang akan mengata aku dulu.
its okay . saya senyum dan alhamdulillah :)
Raden's pun dah jarang bersama ( aku la tu )
pegi field trip ke Bornion Timber aritu pun aku tak join trip dorg.
selesa ke kalau dalam satu group tiba-tiba takde pun yang cakap ngn korg ?
korang tanya baru jawab tu pun nak taknak and ikut mood dorg.
kalau takde mood tak layan lah kan,kalau ada baik nak mampus. huh
aku belajar dari kesilapan aku yang terlalu mengikut orang. faham ke ek ?
contoh : aku nak p mcD, tapi dorg nak p Pizza Hut. 
then aku pun ikut jugak dorg p Pizza Hut.
last-last aku yang sengkek takde duit ..
haaa. nampak tak permainannya di situ?
so sekarang aku lg selesa bergerak sendiri-sendiri tanpa perlu menjaga hati dan perasaan orang lain.
maaf lah kalau ada yang terluka tapi rasanya takde yang kisah pun kan ? >_<
tapi orang tanya pulak, ' kenpa syira sorg2 je,gaduh ke ?
tapi taknak tanya aku, main cakap-cakap belakang. huh. adoyaimakpunnnn...
betul cakap Kak Ila, 
''zaman universiti nanti awak akan jumpa macam2 perangai so pandai-pandai lah awak pilih kawan. jangan salah pilih kawan''
tapi takpelah,sekarang la kita nak belajar ,jumpa orang yang bermacam-macam perangai and tahu macam mana nk handle this. tapi aku tw ke ? hehe
aku still perlu bergantung dengan someone. kekeekkeke
dialah kawan,dialah abang and dialah abah :) my beloved boyfriend ,Abu Samah Idris .
sekurang-kurangnya sebagia persediaan untuk kita menempuh alam perkerjaan nanti, insyaAllah :)
jam dah menjukkan pukul 7.10 . got to go ~~ 
see you later.
XO XO S pUBLish ! hahaa ( Instanbul Aku Datang )
eh jangan lupa, awalkan pagi anda dengan niat untuk belajar dan buat kerja dengan lebih baik dari ari semalam ^____^

sekian dari syira yang hati berbunga ,
senyum tak perlu kata apa-apa :)

Thursday, July 5, 2012

Maliau Basin Sabah Lost World

assalamualaikum :)
apa khabar korang semua? apa la korang buat time cuti2 ni ar ?
cuti aku macam biasa,pagi2 buat cekodok basi, bangun tidur buat taik hidung basi pulak. lepas tu berlingkor. 
then last, apa la resultnya. G.E.M.O.K
alah tak heran la kan seminggu duduk rumah berat aku naik,kalau 2bulan agak2 brapa la ek?
perasan tak sekarang musim apa? selain dari musim rang p umrah dan musim panas?
musim apa lagi lw bukan musim orang kawen. 
yang kawen tu pulak muda mudi,perghhh jeles xhingat ikan greng atas dapur.
jeles lejes semua ada.yelah dah jodoh dorang awal kan.
tapi bukan tu aku nak story dalam entry kali ni.
nama pun on9 diary ada la bende lain nak cerita.
extually ada jg benda yang dalam entry yang before ni pasal apa yang berlaku dalam II sem aku tapi tak semua la.
entry kali ni aku malas nak banyak berceloteh sangat,penat mulut aku ni membebel je duduk rumah ni. 
no wonder la abah cakap aku kuat membebel. wawawawa
masuk je cuti pertengahan sem aritu aku dan kawan-kawan satu course g Maliau Basin atau dikenali jg sebagai Sabah Lost World. ada bha kan aku crita aritu,tp gambarnya x upload2 jgk, heee
yang paling mencabar jalan-jalan yang penuh rintangan dan liku-liku untuk ke sana.
bayangkan aku duduk dalam van tu melompat2,nasib baik aku ni kurang ketinggian kalau tak lekuk dah kepala tu kena atap van.
bole bayangkan tak jalan raya dia mcm mana?
kitorg gerak dalam jam 9 then sampai ke gate Maliau Basin tu dalam jam 8 malam.
hurm,itu baru sampai gate tuan-tuan dan puan-puan.



ni la tempat yg kami sampai jam 8.30 mlm tu


nak naik ke tempat tujuan ktrg tu perlu naik hilux selama hampir 2jam. wawawa
sebab sampai da malam dan hilux pun macam2 masalah so ktrg stay dulu kat gate tu. kebetulan ada chalet untuk penjaga kat situ.
dengan perut lapar ktrg tunggu sampai la hampir jam 1 baru makanan sampai dr atas saaana.
oleh sebab da penat aku xmakan pun.
tiba2 ktrg diarahkan naik atas malam ni jgk.gilerrr ke ape.mlm2 buta.
kannn.. hummm. nak taknak kena ikut la jgk.
trip yang jalan malam tu tw dorg sampai pukul brapa?
jam 5.30 gtu baru sampai sebab masalah hilux tu.
even penat ke tak penat malam tu ktrg yang tinggal ni tidur macam ikan masin yang dijemur je. haha
esok pagi ktrg kena tunggu lagi hilux yang dr atas tu ambik, jam 12 baru dorg datang.
huh, nok maroh sero.



dah la lapor giler,habes meggi tukang jaga kat bawah tu kami kebas.. hewew


tunguu punya tunggu apa lagi,berlaku sesi penggambaran la .. haha




haha. sorry aku upload muka korg :p

part yang paling best,
mujur laaa ada abang bas dan van yang hnsem.lalalala


nak taw mcm mana ktrg naik ke atas tu ?



finally,ktrg sampai. hoho

law nak upload semua gambar banyak sangat.
nak taw tempat kt ats tu mcm mana korg p la sana .
mmg best gilerr.
chalet dia punya tilam bole kc 100% comfort.
kalah tilam VONO. haha
tempat pun antik dan puas hati.
okat tentang fees nak p sana oskof agak mahal sebab tempat tu jauh.
for student ktrg dapat price around rm200
tp untuk tourist dorg cas around  rm700. waaa lebey kurang nak naik Gunung Kinabalu kn.
tapi law nk rm700 tu korg dapat naik la waterfall yang sangat la cantik
( orang la cakap)
waterfall tu 7 tinggkat,can u imagine?
okay malas iter banyak2,lw nk tw mcm mana p la. hu
sekian dari syira yang x brapa nak pandai berblogging ni,.
senyum xperlu kata apa-apa :)




Monday, June 11, 2012

Hati Berbunga Tahi Ayam

assalamualaikummmmm . hehe :)
mari kita senyum lebar-lebar macam kuda ^__________^
pernah tengok kuda senyum ?
kalau nak tengok p tonton cinderella yg zaman duluu duuuuluuu.
naa, speaking Sabah aku,
ada tu satu part yg kuda tu senyum, punya main bidak lagi. haha
now,aku tangah final.
empat subjek yang boleh membunuh telah selamat aku lalui dengan penuh liku dan likuk.
huh. penat gileeer memerah otak selama empat hari berturut-turut.
antara subjek yang sangat bahaya tu adalah survey dan technology spatial,entomology & forest fire , plant physiology  dan kuantitatif dan pengkomputeran dalam perhutanan.
naaaa... kw pikir cincai ka budak hutan? haha
susaaahh. susahhh. susaahhh sgt kalau tak study. hoho
eh ingat tak entry before ni yg aku ckp aku buat solat sunat istikaroh tu :D
alhamdulillah :) :) :)
alhamdulillah jugak sebab aku da berjaya melalui satu fasa yg sangat sakit dan menyedihkan dalam hidupku.
moral of the story jangan sesuka hati buka hati untuk orang .
lebih-lebih lagi kalau suda tahu takkan berbalas. 
tapi tu yang aku sedang buat ^OO^
biar la aku saranghae dia dalam diam :)
selagi belum disunting or takde yang curi lagi hati ni, hati ni tetap untuk dia ya .
insyaAllah :D .
M.A . PASIR MAS ,KELANTAN :)
sombonggg habesss, makin sombong makin suka aku :) getek !
selagi termampu , akanku tunggu . aku hormat keputusannya .
 pejam celik, kentut berak da nak seminggu lagi aku balek. hurraaaayyy!!!
tak sabar nya nak balek, tapi nanti msti rindu Sabah . huhu
tak shopping lagi ni, macam banyak sangat nak beli .
macam banyak tapi duitnya tak banyak.
kalau la duit tu bole petik dari pokok mesti habes pokok kat dunia ni kan.

ok la, gudnite :)
akhir kata dari syira yang tak menangis lagi,
senyum tak perlu kata apa-apa :)




Saturday, June 2, 2012

Solat Sunat Istikaroh

assalamualaikum :)
selamat pagi .. hihi
memandangkan banyak betul yang bermain d fikiranku ni jd aku nk share something yang aku copy dr blog mana ntah.. sorry ye...http://nursyirah.wordpress.com.. 
mcm bukan blog. ntah la..
daripada aku terus memikirkan dia yang langsung tak sedar kehadiran aku bagus aku minta petunjuk Allah kan. daripada aku buang masa, bagus aku fikirbenda lain.
tapi masalahnya memang dia je yang aku ingat sepanjang masa.
so inilah penyelesaiannya :)
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Tuesday, May 22, 2012

Ujian Hati

assalamualaikum
alhamdulillah,sihat ke semua?
haha. mcm ramai je kan.
sekarang da makin hampir final .
so how about ur preparation?
astaghfirullahalazim. aku tak kuat :(
sesungguhnya ujian hati ni sangat berat sehingga aku xmampu menanggungnya
xmampu untuk meluahkan dan x mampu menahan.
lailahailallah :(
hanya itu yang mampu aku katakan.
hanya Allah tempat aku bersandar
tempat aku meluahkan segala-galanya
even aku tak luahkan Dia maha mengetahui.
keadaan yang sangat rumit.
sangat sangat sangat sangat
menjelang final pulak tu macam mana aku nak laluinya Ya Allah :(
dimana silap aku?
apa patut aku buat?
aku tak taw.
La Tahzan Nur Assyahirah 
konflik yang melibatkan persahabatan,cinta dan cita-cita.
sungguh berat aku rasa .
ada sesuatu yang aku tak taw dan tiada siapa yang boleh bg taw aku dan mst sampai bila2 aku takkan taw.
jadi aku akan buat assumption sendiri.
Wahai sahabat,
aku rela menangis mengetahui kebenaran
aku merayu jangan sembunyikan apa2 yang aku patut taw even perkara tu akan sangat melukakan aku :(
kenapa Allah antar aku ke sini?
kenapa aku mesti jumpa kamu semua
kenapa?
Wallahualam. semua itu takdirMu yaAllah .
semua akan berubah nanti
keadaan kita takkan sama macam dulu.
:"( :"(



tiada tempat ku mengadu,
tiada kawanku berharap.

akhir kata dri syira yang lemah,
senyum tak perlu kata apa-apa :)



Wednesday, May 9, 2012

Cuti oh Cuti

assalamualaikummm..
hehe.. nak taw tak? jadul exam da kuar.
aku habes exam 15hb jun.. huraaaayyyyyyy laa..
exam abis awal.. huhu
tapi tak bole balek awal jugak.
urmm.. before dapat pulang ke rumah kena tempoh satu halangan yang aku paliiiinnngg tak suka.
teka la???
final exam. huh
macam biasa la aku study sama je dengan result orang tak study.
nampak sangat kan.
hurmm.. tak sabar nak balek.
yang penting raya kat rumah.
baju raya tak beli lagi.
hurmm..
cepatlahh cuti..
nak balek
nak balek
nak lariiiiii dari semua ni
penatnya taw hati ini menahan. hehe
menahan apa???
rahsia hatiku.. kekek
eh nak taw ,ex-boy aku yang cinta kami terhalang tu nak p jumpa abah.
urm. ntahlaa apa yg jadi nanti.
pandai-pandai dia lah..
kalau abah tak setuju jugak dia cakap dia redha..
dan jika dia jodohku,aku terima .
penat hati ini , penat hati ni bertepuk sebelah tangan
jadi aku buat keputusan untuk terima je apa yang akan berlaku.
malas dah nak mengharap , buat sakit jiwa kan
tak semua orang yang kita suka akan suka kat kita balek.
tak semua orang yang kita sayang akan sayang kat kita balek.
tak semua orang boleh terima kekurangan diri kita
'aku lebih rela tak mengenali kamu daripada perlu melupakanmu'
impossible. hari-hari tengok orang yang kita sayang depan mata dan kita sedar kita takkan dapat memiliki si dia.
aduh,kesiannya ... cinta bertepuk sebelah tangan.
bersabarlah wahai hati :)
Allah sudah mengatur yang terbaik untukku.
saya kuat dan saya masih boleh tersenyum .
akhir kata dari syira saranghae awak,
senyum tak perlu kata apa-apa :)

Wednesday, May 2, 2012

Bibir tersenyum Hati menangis

assalamualaikummmm . hihi
apa khabar semua rakan-rakan dan taulan?
kalau adalah yang membaca,terima kasih :)
last entry aku post pasal tempat yang kami nak p field trip tu kan?
naaa.. aku nk upload gambar pon malas sbb line tak mengizinkan
( 2 bulan tak bayar bb)
tengok tajuk entry aku agak2 mesti kes jiwang ni kan ?
hurm., susahnya nak jaga hati .
susahnya nak puaskan aty semua orang.
sejak balek daripada field trip ke Maliau Basin ni banyakkkkk sangat yang berubah.
yang paling ketara tentang hubungan
hubungan aku dengan kawan-kawan,dengan yang bukan kawan.
pokoknya semualah berubah,
knp ek??
amjad cakap Maliau Basin berhantu sebab semua orang berubah,
dan perubahan yang berlaku adlah sangt ketara dan juga berlaku pada aku.
tp bagi aku Maliau Basin bg kenangan terindah seperti field trip sebelum ni . hehe
.kawan.
konflik dengan kawan adalah perkara yang aku paling benci,
sekarang aku tak taw mana satu lawan dan mana satu lawan.
semua bermuka-muka dan mungkin aku juga begitu.
dats why aku pun terima yang begitu.
tapi aku bukan superman @ superwoman @tundercat .
aku tak boleh nak puaskan hati semua orang setiap masa.
aku pun ada perasaan dan ego sendiri,
kalau aku je yang kena paham keadaan  orang siapa yang nak paham aku?
mngkin ini memang sudah tertulis
dan semakin hari kita bersama dan semakin banyak yang aku dan kamu semua taw tentang diri masing-masing.
terserah kepada diri sendiri untuk menilai :)
selagi aku boleh bersabar , aku sabar.
bersabarlah wahai sang hati .
taknak cakap dengan aku? rasa aku ni annoying? rasa malas nak layan aku ? rasa menyampah sangat tengok muka buruk aku ni ?
sila lah teruskan ,
keep iit up :)
selagi aku mampu tersenyum aku senyum .
biarpun dalam hati aku menangis,
aku sentiasa berusaha untuk menjadi kawan susah dan senang, bukan kawan di depan dan menyampah di belakang.
nobody's perfect.
aku cerita masalah aku sebab aku rasa aku perlu luahkan.
terserah pada diri anda untuk menilai aku macam mana
aku rindu sahabat-sahabat ku
yang memeluk aku ketika aku menangis,
yang menegur ketika aku buat salah,
yang menghargaiku :'(
soal hati sangat susah orang nak paham
aku datang sini bukan nak bercinta atau cari masalah
aku datang nak menuntut ilmu demi segulung ijazah yang mampu memberi kebahagiaan kepada abah dan ma.
segulung ijazah yang mampu membuat abah tersenyum tanda terbalas usaha titik peluhnya mencari duit untukku yang aku habeskan untuk beli baju. HAHA
jahat kan?hihi
Tuhan saja yang tahu perasaanku :'(
astaghfiruullahalazim,bersabarlah wahai hati .
tumpukan perhatian untuk final.
lepas tu bole balek. hihi'tak sabarnya :D


akhir kata dari syira yang annoying bagi korg tu,
senyum tak perlu kata apa-apa :)

Thursday, March 29, 2012

i Love You Kawan :)

assalamualaikumm..
apa khabar semua???

sorry la lama tak update kan. aku sorg jugak pon yang baca entry2 dlm ni..
skrg dah nk masuk mid sem breaks da.
mesti korg tak sabar nak balek rumah bercuti kan.
untunglarrrr  rumah dekat kan.
aku jugak yang kena stay kat sabah ni sebab ad field trip.
aritu aku ada cakap maybe p sarawak kan.?
tak jadi la.. mybe ktrg p Maliau Basin or Danum Valley .
mesti korg tak taw kat mana tu kan.
meh aku share ckt.
Maliau Basin tu dikenali jg sbagai Sabah Lost World.
jadi korg mesti dapat bayangkan macam mana tempat tu kan.
(extually aku pun tak dapat bayangkan )
Maliau Basin ni dekat Tawau.
8 jam dri KK-Tawau then 5 jam dari Tawau ke Maliau :D
tengok peta sabah ni bentuk apa?





ni lah Maliau 


extually banyak lagi tp tengok la sendiri. tanya jak pakcik google :D

okay,now Danum Valley :)






hehe. itu saje je nk share sebagai mukadimah :)
da baca kan tajuk entry aku.
.
korg ingat kan dalam entry before ni aku ada cerita yang kawan aku ni ada suka kat sorg lelaki yang sangat baik orangnya tu???
kalau ada baca lah kan,huhu
aku tak sangka sangat dalam cinta Miss Z sama Mr.A tuu.
sampai setiap apa yang Mr.A pakai pun dia taw
tapi sampai bila dia nak bertepuk sebelah tangan kan
patut ke dia bgtaw lelaki tu ek??
ntah la, aku pun tak taw nk nasihat dia cmne
yang aku boleh tolong , bantu dia lupakan Mr.A
sebab patah hati dia nak buat betul2 IV SPA8 yang dia dapat tu :'(
aku taknak dia kuar . hukhuk
tapi mamanya jugak yang suruh , nak buat macam mana kan..
kalau la Mr.A tu taw..
aku pun tunggang terbalek nak nasihatkan dia lagi.
tp sebagai kawan aku akan sentiasa berikan bahu ini sebagai tempat dia bersandar :)
selain itu,mintalah dengan Allah ye kawan-kawan.
sebab semua yang terjadi sudah ditentukan olehNYA 
kalau ada jodoh takkan kemana





cute kan kawan aku yg baju hitam hijau tuu :)

walau sayang macam mana pun kalau bukan jodoh tak dapat jugak.
''terimalah orang yang mencintaimu,bukan pergi kepada orang yang kau cintai.
sebab orang yang kau cintai akan tinggalkan kau untuk orang yang dia cintai juga ''
itu lah kehidupan kan.
what u give u get back.
akhir kata dari syira yang muka macam kura-kura ni 
senyum tak perlu kata apa-apa :)



Thursday, March 15, 2012

GataL Sangat Nak Kawen :D

peeeeppsss. assalamualaikum !!
siapa kat sini yang gatal nak kawen ?
siapa lagi kalau bukan yang tengah baca tu,, kalau tak kenapa baca entry ni .HAHA
errkk . alhamdulillah kenyang .
setelah bertungkus lumus menyediakan nasi goreng untuk hidangan perutku pada malam ni :)
heaven gilerr dapat makan masakan sendiri kalau nak dibandingkan dengan makanan dekat kafe bawah tu.
bukan tak sedap tapi, ntah la. 
rasa dia . hmmmppphhh. 
(sukar digambarkan dengan kata-kata )
ish, nak taw tak ??
ada orang gatal nak kawen :)
siapa ??
tuuu dia..


nama dia syira dan dia pun tak taw nak kawen ngn siapa.
eh Cik Syira ingat senang ke nak kawen ??
umur pun baru setahun jagung 
tapi memang dari kecik taw Cik Syira ni bercita-cita nak kawen awal .
ada tak orang lain yang mempunyai cita-cita macam aku ni ?
tapi tu sebenarnya bukan cita-cita tapi just angan-angan Siti Syira .
kalau korang pun rasa macam tu, dah bersedia ke?
korang da ready ke nak kawen ? nak bangun pagi ? uruskan SEMUA kerja rumah ?
yg perempuan, korang sanggup susah senang dengan En.Suami ?
yg lelaki, korang sanggup berkorban untuk Cik.Isteri ?
kalau lah kawen tu ibarat metik bunga di Taman Astakona 
( wujud ke taman tu ?)
tak semudah itu Cik Syira oi
kepada pasangan kat luar sana tu cepat2 lah kawen.
aku memang tabik sprrringgg dekat remaja kat luar sana yang sedang bertungkus lumus mencari duit untuk kawen . hehe
sweet kan..
sesungguhnya Jodoh itu Rahsia Allah kn..
macam mana lah agaknya rupa bakal suamiku .
adakah macam ni ?

or 

 ATAU ?

Hhehe . ustaz Don Daniyal :)
mesti yg ada rupa ke ?
Tidak :)
cukuplah dia ada sebentuk hidung yang comel dan pakai cermin mata .


hidung tu yang penting !
sebab ? rahsia ! HAHA
DAN
the MOST IMPORTANT .. jeng jeng jengggggg..
AGAMANYA :)
biarlah dia takde rupa tapi dia ada Agama .
biarlah dia tak hensem tapi pakai cermin mata . heHE
semua tu dah tertulis di Luth Mahfuz taw .
bagi yang belum boleh kawen dan cuma mampu berangan macam Cik Syira ni, aku bg doa yang boleh diamalkan supaya cepat sampai jodoh. hehe



Sabda Nabi s.a.w :
"BERNIKAHLAH kalian, ramaikanlah KETURUNAN dan beranakpinaklah kalian, kerana sesungguhnya aku BERBANGGA dengan umatku yang RAMAI di hari kiamat.."

p/s : Berkahwinlah jika kalian me'rasa'kan kahwin itu JALAN TERBAIK untuk kalian pada saat dan ketika ini..tetapi ingat, pastikan 'rasa' itu didokong terlebih dahulu dengan proses ISTISYARAH dan ISTIKHARAH..kemudian, setelah yakin dan menetapkan keazaman, bertawakkallah kepada Allah..Dia Maha Tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..♥♥


jangan pelik kalau aku asyik post entry pasal kawen or whatsoever taw lepas ni . huhu
sebab korg da taw cita-cita aku tu .
akhir kata dari syira yang SANGAT pemalu .
senyum tak perlu kata apa-apa :)