Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 14, 2012

I Love Sabah :)




assalamualaikummm.. hihi
eh nak tw. nak ta takkk lagi 3 hari aku akan pulang ke Malaysia Oh Tanah Airku ~~
mcam la aku duduk oversea kn.. urmm ,, tapi aku over the sea. huhu
memandangkan ramai jiran tetangga yang menunggu kepulanganku,so ari ni aku dan raden's p jalan-jalan cari makan . hihi .. syioookkk uuhh... kami p Pasar Filipine yang penuh dengan orang filipine datang mintak duit. dah la nak mintak tu main pegang2.. adoi.. budak-budak, mak budak semua ada.. takut jugak aku tengok situasi pelik kat situ tadi. ada senior aku siap kena tumbuk lagi kat belakang badan sebab dia tak bagi duit budak tu minta. terus kena maki budak tu . haiih .. aku ingatkan kat semenanjung je ada pendatang.. Sabah pun ada rupanya.. seriuuss , kalau tengok dorang kesian taw. tapi kalau kita bagi sorang,then akan datang lagi kawan-kawan dia minta dgn kita. tadi kan kita baik hati bagi kat kawan dia. dia apa lagi,sebarkan bahagia la. haha :) nak buat tak tahu tak sampai hati, bagi la jugak, kenapa ek dorang macam tu?? kalau tolong basuh pinggan kat kedai makan pun bole dapat duit kan.. sesungguhnya mereka je yg tahu kenapa mereka buat macam tu. penat + puas hati kami membeli belah tadi, kalau ikutkan hati semua nak borong. biar satu taman perumahan dapat souvenir dari Sabah. ceh, belum p oversea lagi ne. dengan pilihan yang banyak sampai aku rambang mata. aku beli satu set kerongsang mutiara . Rm50 je taw. lepas dipujuk dan dirayu lah.. hihi.. dalam tu ada 12 biji. aku pun tak tahu lagi nak bagi sape. huhu. then aku beli gelang mutiara untuk tok girl & wan aku . mesti dorang suka. tak lupa juga kat jiran terbaek aku.. amboiihh... jiran kaw... untunglarrrr sape jadi jiran aku tu tw :) apa lagi ek ? haa .. untuk mak mentua tak jadi aku pun aku beli taw. yelah,dia suka kerongsang tak salah kan aku bagi . kerongsang tu kami beli 8 kotak dengan harga rm100 . murah kan ?? banyak lagi  dan macam-macam ada kat sini.jemput-jemput laa datang melancong ke Sabah.. hihi.. ermm.. yang paling penting ikan terubuk masin dengan belacan Sabah .. terbaekkkk kan.. hoho.. seriusss rasa macam aku datang sini nak melancong je .. tadi pun ramai giler orang . dan yang penting orang-orang sini sangat friendly even tak semua la kan.. 
 Alhamdulillah, aku  bersyukur sangat -sangat ke hadrat ilahi kerana bagi aku peluang untuk belajar dan seterusnya melancong dan berkahwin (ehhhh ) di Sabah ni.. betul cakap lecturer aku, seminggu duduk sini memang rasa nak balek. tunggu lagi 3 bulan mesti dah sayang .. hihi ... masin mulut dia. sekaranggg ... 
i LOve Sabah .. hehehehe :)


happy gler aku dapat beli belacan Saba & ikan terubuk masin :)



lepas solat pun sempat posing lagi
masjid ni cantik sebab macam rumah kampung ad tangga . hihi


ok.ni bukan semua barang yang kami beli
(tak termasuk dalam beg lagi )


yang penting before balek kami melantak dulu
1 ekor ikan susu ( makcik tu yg cakap)
1 ekor ikan pari dan 6 ekor sotong
kami makan 4 orang dengan harga rm48
murah ke mahal???
ok la tu kan... cara kat sini pelik sikit sebab dorang akan pamerkan ikan2 dan seafood lain dan kita pilih.
then kita duduk dan dorang bagi nasi
so kita makan la seafood yang kita pilih td dengan sambal dan ada sayuran macam rumpai laut.
tapi kitrg tak ambik pun sayur tu.
pelik je sebab macam kaki sotong.
so, kalau yang na bercuti di Sabah ni gerenti puas hati !
hihi
i Love Sabah :)
peace no war 
(-_-)