Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 7, 2012

Aku dan ScandaL





kitorang kawan je :)

psssttttttttttt ...... Assalamualaikummmmm.. selamat pagi or in english, Morning ! haha
best tak tajuk entry aku pagi ni. eh pagi ke or aku yang bangun lambat.
pagi la der.. baru pukul 9.30 waktu Sabah . huhu (sebenarnya sama jgk waktu dgn smnjung )
tajuk nak hot saje ko ni syira. biarlah . ada aku kesah ke :p
Aku dan Scandal tuu.. xley bla langsung tajuk entry. tengok tajuk mesti orang ingat aku ramai scandal kan.
oh,please la tukar perception tu (kalau itu yg korg fikir lah )
sebab dengan muka aku yang memang sentiasa nak ajak bergaduh ni,ada ke orang nak berscandal dengan aku?
pakwe pun tak tahan sebab nak gaduh hari2. tapi aku yang nak putus (kesiankan dia kena marah hari2 )
aku tak suka digelar atau dapat gelaran tu if aku rapat dengan seseorang. but you know what?
what you give you get back ! bila aku cakap kat orang,orang akan cakap kita balek. 
sebab tu la kalaw bole aku nak kurangkan aktiviti mengata orang ni ( eh macam tu aktiviti rutin pulak kan )
astaghfirullahalazimmmmmmm...
tipu lah kalau korang tak penah ada scandal. tp scandal tu apa ????
okok2, biar aku terangkan dengan Law's of syira .

1. seorang boy dan girl berkawan rapat
   (kalau ayat artis, alaaa teman tapi mesra )
2. boy dan girl tu kalau keluar mesti kuar berdua
   (alaaa,, konon2 teman kawan tapi sebenarnye dalam diam berdating )
3.boy dan girl tu sering dilihat bersama-sama
  (di mana ada dia mesti ada kamu . haha )
4. boy dan girl tu. kalau bole sepanjang masa nk texting
   (alah, da mcm bf dan gf )

nama sopan untuk hubungan ni adalah Teman Tapi Mesra,kalau korang terjebak dengan hubungan ini,
ingatlah !!
Gosip-gosip Liar
  • mulut-mulut orang biasalah (termasuk aku ),kawan baik sendriri pun kena fitnah ( tu bukan aku oke )
  •  betul lah tu..tapi perception orang ( TERMASUK AKU ) yang semua ada mata dan mulut untuk melihat dan berkata-kata.

Hadir Perasaan Cemburu
  • definisi kasih sayang terlalu luas,tak dapat digambarkan.
  • lumrah manusia akan menikmati or merasai rasa sayang tu.tipu lah kalau takde secebis pun kasih sayang dalam hubungan macam ni
Teruskan Kehidupan Seperti Biasa
  • jangan pulak da ada TTM ni korang taknak cari teman hidup
  • ingat lah,TTM ni takkan jadi peneman kita seumur hidup
Memberi Harapan
  • dalam situasi ni kita perlu hati-hati dengan kata-kata kita sendiri.tanpa sedar mana tahu kita bagi harapan palsu yang boleh melukakan hati seseorang
pH'kan Kemesraan Menjadi Neutral
  • jangan buat salah seseorang menjadi istimewa terutamanya kepada perempuan !
  • sifat perempuan mudah cair apabila dihargai,tidak mustahil mereka akan menyimpan perasaan kepada lelaki tersebut.
tamatkan hubungan ini kalau korang rasa memudaratkan terutama kalau korang dah ada gf or bf
tapi tak mustahil juga hubungan ni bertukar kepada percintaan :)
semua yang dorang buat sama macam apa couple yang bercinta buat cuma yang bezanya dorang tak declare hubungan dorang.
dulu time kat matrik aku pernah la terjebak dalam kancah maksiat scandal ni tapi sekejap jela.kenapa ek ktrg berscandal ?? owh ya.. aku tak nak couple lagi ( konon2 tak dapat lupakan ex, puiiiiii )
ktrg jarang dilihat bersama tapi aku tak taw apa yang menyebabkan orang taw pasal kami. oke, texting 24 jam.. malam on call (eh , betul ke )
tapi lelaki ni kita sukar nak jangka kan.. kadang2 aku rasa tak nak percaya langsung tapi tu lah. dah lumrah kot perempuan memang selalu kena tipu dengan lelaki.
dengan kita dia cakap cmni, and at the same time dengan orang lain pun dia cakap benda yang sama.
please laaa.. kalau ada apa2 yang tersirat bg tw aku sendiri. korang lagi suka aku ketawa kena tipu darpada menangis bila tw kebenaran.
dengan perasaan yang kecewa dan rasa yang bodoh sangat mcm orang jadikan aku sebagai game dorg. penah rasa takk???
ehhh .. kenapa keluar cerita dia ni..
tapi takpe,lepas kecewa aku bangkit dengan harapan setinggi gunung Kinabalu sampai aku tercampak sambung stdy di negeri ini.. huhuhhu .. Alhamdulillah.. aku sedar dari mimpi buruk tu.. hoho
yang da lepas tu biarkan berlalu.. cewwaaahhh .. ayat tuuu..
aku taknak benda yang sama jadi lagi kat universiti ni . aku taknak perkara tu berulang lagi.
adoii.. wahai lelaki.. penat taw rasa sakit hati dan dikhianati ni.
walaupun tanpa niat,tanpa sedar apa yang korang cakap sedikit sebanyak memberi harapan or memberi kesakitan kpd si penerima.
hati perempuan sensitif.. berhati-hati lh dengan kata2 anda ek :)
kalaw rasa best aku pun nak sokmo..
haaa.. lagi satu..
sila lah buka minda dan berfikirlah di luar khatulistiwa
ehh ??
kawan rapat tak semestinya scandal
(peringatan tu untuk aku dan kawan2 ku jgk )
peace :)