Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 23, 2012

Bak Sutera Di Helai Mawar




assalamualaikum...
buatapa tu ?? da start study ? 
mestilah belum kan..
hihi.. eh boring ? tak taw nak buatpa? nak study tp takde mood ?
meh baca cerpen kawan aku, Indra Saifullah Al-Fath @Sarini

Di masjid sembulan itu dia duduk di salah satu tangga pintu keluar, memerhati alam malam, bulan dan bintang.. duduk seorang diri memerhati keagungan tuhan, bagaimana langit berdiri tanpa tiang. Dan hebatnya bulan kekal di atas paksinya. Persoalan-persoalan indah yang mengingatkan betapa kerdilnya diri ini.. dia tersenyum tatkala teringatkan tentang sebuah kisah 7 tahun yang lalu yang mengubah haluan hidupnya. Sebuah kisah tentang dirinya dan sehelai saputangan yang bersulam merah.
********************************************************************************

entah bagaimana syahrul boleh kalah malam itu, sudah habis dia modified motor kesayangan tu tapi masih tidak dapat juga tewaskan pencabar ketatnya Yamaha 125. ‘ argghhh,abis mood ak!’ teriak syahrul selepas perlumbaan haram malam itu selesai, di Bukit Pemerhati itu dia membawa diri , mengasingkan diri jauh dari kesibukan kota yang tidak kenal erti Tidur. Tidak lama kemudian azan subuh berkumandang, apa yang menarik hatinya tika itu adalah azan yang mendayu dilaungkan, pernah juga dia terfikir tentang jahilnya diri. Bukan tidak mahu berubah, tapi tidak ada sesiapa yang mahu mengubah hidupnya. Dia berubah kerana si dia, dia berubah kerana cintanya, dia berubah kerana cerita cinta lama sudah berubah.

‘syah.. gi hantar barang ni kat Tauke Ah Wong.. dia nak guna katanya,ada customer layan harga dia bagi tu.. nanti ada alar imbuhan sikit dia bagi.. tolong aku ek,’ Fahmi rakan sekerja Syahrul menyerahkan bungkusan berisi Racing Bloke pada Syahrul, di bengkel motor ini lah Syahrul menghabiskan segala kepakarannya untuk bekerja pada siang hari dan berlumba tiap-tiap malam minggu.
‘hmm ya lar, apa-apa hal pun memang aku yang pergi hantar,’ syahrul mencebik. ‘hmmm bagus juga aku keluar makan angin jap..’ monolog syahrul dalam hati.

dekat selekoh masuk Kompleks Karamunsing itu dia memperlahankan motornya, melihat sesuatu di hadapan tempat parking kenderaan yang ketika itu ramai orang berkumpul seolah-olah menyaksikan sesuatu.
‘aik? Kemalangan?’ syahrul tertanya-tanya, perlahan-lahan dia menjongketkan motornya kearah ramai orang berkumpul itu.

‘wah wah wah.. hei kau dah langgar motor aku, pastu kau nak blah macam tu jer?!! Wei ganti rugi benda nii sekarang!!’ bentak seorang mat motor yang kelihatan seperti mat rampit ala-ala dalam filem REMP-IT.

‘tapi encik, motor ni tak rosak teruk, bukan motor ni jatuh pun..tengok tu,calar sikit jer pun.. yang kereta saya ni yang calar teruk tak pun saya minta ganti’ balas seorang wanita yang berpurdah,di tepinya ada 2 orang lagi muslimah yang juga berpakaian seperti yang dia gunakan, jubah dan niqab.

‘ahh saya tak peduli, kalau kau tak nak ganti rugi motor saya ni, saya pecahkan cermin tingkap kereta ni!’. lelaki itu cuba menghempas helmet kuningnya kearah cermin kenderaan wanita tadi , tapi tak semena-mena..

Muncul kelibat seorang lelaki yang menahan tangan mat motor tadi dan melepaskan tumbukan kearah muka lelaki tersebut . Syahrul!

‘hoiii siapa kau hah!’ ucap mamat motor tu dgn menahan kesakitan di mukanya.
‘saya lah penunggang motor yang berhemah di siang hari !!, wei pacik.. you dah lar halang motor gua nak masuk parking, pastu buat bodoh jer? Tak Nampak kah berapa ramai lagi pengguna-pengguna kenderaan kat sini yang nak parking?’ ujar syahrul sebelum melangkah seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak lama kemudian datang 7 orang lelaki yang juga berpakaian rugged macam mat motor tadi dan kini sedang mengelilingi dirinya.

‘oo.. nak tunjuk samseng ar, wei lemau.. kau tak kenal siapa aku!!’ mamat motor tadi kini juga mengikuti rakan-rakannya mengepung syahrul. Syahrul menghidupkan rokoknya dan berkata..
‘abang Farid Kamil, saya datang bukan nak gaduh, saya nak parking jer.. ‘ ujar syahrul dgn asap rokok yang berkepal-kepal dihembus melalui hidung.
…………………………………………………………………………………………………………….
tak sampai 10 minit lelaki-lelaki tadi tumbang di tangan syahrul, sememangnya dia juga seorang fighter jalanan.tapi tak ramai yang mengenalinya disebabkan dia sentiasa memakai helmet biru kesayangannya setiap kali ada pergaduhan antara mat-mat rampit, kecuali pada waktu ini.

‘hmmm.. patut lar sakit.. dia main pisau rupanya’ monolog syahrul sendirian tatkala duduk bersandar di ruangan parking tingkat bawah kompleks tersebut, di belakang pinggangnya terhiris satu torehan kecil tapi tidak dalam, mungkin disebabkan torehan ketika pergaduhan tadi, itu pun tanpa disedari olehnya. Sebatang lagi rokok dihidupkan sebelum dia menyambung menekup luka di pinggang itu dengan tuala kecil yang dibawanya.

‘encik.. tak perlu lah berpura-pura dengan lakonan itu semua, saya da agak orang macam encik ni hanya nak mngorat wanita-wanita macam kami. muslimah berpurdah tadi datang bersama-sama 2 orang rakannya, tapi jauh dalam hati masing-masing ada sedikit perasaan cuak, takut melihat syahrul yang berpakaian seperti mat-mat rempit tadi. Siapa-siapa tengok pun dah tahu syahrul tu budak motor. Tapi tak siapa pernah tahu dirinya yang sebenarnya melainkan orang-orang yang rapat dengannya.

‘aaa.. apa??’ soal syahrul sambil berdiri dan menahan pinggangnya.

‘saya tahu ni semua mesti lakonan, ye lar tak kan tiba-tiba encik datang dan siap kalahkan 8 orang tadi.. tidak usah munafik encik.. minta diri dulu’ ucap wanita sebelum melangkah bersama rakan-rakannya.

‘ustazah oii..’ panggil syahrul yang sedikit berang dengan kata-kata wanita tadi sebelum menyambung ‘ni pe hal lak cakap bukan-bukan?’. wanita tadi berpaling.

‘kalau ustazah fikir saya nak buat macam tu, harap maaf la ya saya katakan.. saya ingat semua perempuan bertutup muka macam ninja ni baik-baik.. wei kalau macam tu la terima kasih kamu dekat saya, ok then saya terima..’ syahrul melangkah pergi dalam hatinya tak habis-habis geram dengan ucapan ‘terima kasih ‘ wanita tadi. Ketika dia berpaling itulah wanita tadi ternampak pinggang syahrul yg berdarah, melalui tompokan darah pekat dekat pakaian luarnya yang lusuh.
‘ya ALLAH.. encik!! Tunggu kejap..’ wanita tadi memanggil syahrul sebelum meminta maaf.
‘saya minta maaf ,saya ingat itu semua tadi lakonan’
‘kamu ni.. banyak sangat layan cerita cinta agaknya, da lar’ cebik syahrul sebelum menuju kearah motornya.
‘encik.. saya benar-benar minta maaf, demi ALLAH saya minta maaf encik..’ ucap wanita itu ,dalam hatinya benar-benar kesal dengan apa yang sudah dia katakan awal tadi. Syahrul berpaling dan berkata
‘ustazah, kamu nak tahu tak? Tak perlu nak minta maaf dengan mat samseng macam saya ni, dunia ni dah takde lagi kasih sayang untuk orang-orang macam saya’
‘tapi..’ belum sempat wanita tu habiskan kata-katanya, syahrul sudah menunggang motornya keluar,barang yang harus dihantar tidak jadi dihantar, dia perlu balik dan membalut lukanya itu. sempat juga wanita itu menghafal nombor flat motor syahrul, SA 786 H.
‘fini, kesian ana dekat mamat tu, dia tolong kita tapi anti pula marah dia macam tu,’ ucap nisa rakan wanita yang berpurdah itu.

‘malam ni aku tak boleh kalah lagi, dah habis segala kudrat ku curahkan ke atas motor ni.’ Syahrul berkata-kata sendirian sambil menepuk motornya, malam ini dia akan ikut berlumba sekali lagi.
Wisel dibunyikan dan perlumbaan bermula, syahrul berada di tempat ketiga dalam 17 orang yang berlumba itu, dari Jambatan bertingkat sebelah Terminal Wawasan menyelusuri highway Sutera Harbour sehingga menghampiri Kepayan dia kini berada paling hadapan. Beberapa kilometre lagi mereka akan tamat di hadapan simpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ketika hampir dengan stesen minyak itu berlaku satu kemalangan antara sebuah perodua viva dengan proton wira. Dan berlaku letupan kecil di bahagian enjin viva tadi sebelum meletup, penumpang-penumpang proton wira tadi sempat melompat keluar dan menjauhi kebakaran itu, tapi dalam produa viva tersebut, 4 orang penumpang masih terkunci kerana kenderaan mereka terhimpit dalam sebatang parit tepi jalan.
Syahrul tidak sempat memperlahankan motornya dan terpaksa membrek secara mengejut menyebabkan tayar belakang motornya terangkat, tanpa menurunkan kaki motor dia membiarkan motornya jatuh ke tanah lalu bergegas dan bertanya pada penumpang proton wira tadi, difahamkan oleh penumpang proton tersebut yang kini terduduk dalam sedikit kapayahan, kesemua penumpang kenderaannya telah selamat keluar tetapi penumpang produa viva itu kini tersepit dalam parit dengan kebakaran di bahagian enjin kenderaan, tanpa berfikir panjang syahrul cuba membuka pintu produa tersebut tapi tersekat. Dia menghempaskan helmetnya kearah cermin perodua tersebut dan membuka pintu kereta itu dari dalam melalui tingkap yang dipecahkan. Dilihatnya semua penumpang produa itu pengsan, mereka terdiri daripada 4 orang wanita termasuk pemandu. Tanpa berlengah lagi syahrul menarik tangan wanita pertama dari kerusi belakang dan dibantu oleh penduduk kampong berhampiran yang datang memberikan pertolongan, selesai 3 orang dikeluarkan kini tinggal seorang lagi yang duduk di hadapan sebelah pemandu, susah untuk syahrul menariknya keluar dari tempat duduk tersebut kerana kedudukan sebelah kiri kereta yang tersepit dalam parit itu, dan penumpang itu kini berada dalam kedudukan tersepit tersebut. Melihat keadaan itu, perasaan syahrul semakin cemas, tangannya bergegar. Sebuah kisah lama singgah di fikirannya kala itu. Traumanya kembali.
Perlahan-lahan wanita itu membuka matanya, pandangannya kelihatan kabur dan sesekali terdengar suara seseorang menyuruhnya bertahan..
‘cik..cik..bertahan, sekejap lagi saya keluarkan kamu dari sini, bertahan sikit lagi’ syahrul memberi dorongan sambil berusaha membuka tali pinggang keledar wanita itu, tiba-tiba bahagian enjin yang terbakar itu meletup lagi dengan satu letupan kecil, tak semena-mena syahrul menghalang letupan itu dari singgah kearah mereka dengan membelakangkan tubuhnya menghala cermin hadapan kereta bagi mengelakkan serpihan cermin tersebut terkena wanita yang kini berada dihadapannya, terbakar sedikit belakang bajunya dan cermin-cermin kecil yang tajam melukai belakang tubuh, ada yang tertusuk di belakang badan. Syahrul melihat wajah wanita itu,
‘tahan, jangan pejam mata awak, sikit lagi…’ ucap syahrul sambil menarik sehabis daya tali pinggang keselamatan yang kini mengikat tubuh wanita itu, syahrul cuba mencari apa sahaja benda tajam untuk memutuskan safety-belt itu tapi tidak menjumpai sesuatu yang dapat menolong, dahi wanita itu berdarah dan dengan mengggunakan sapu tangan yang sering dibawa syahrul, dia menekup dahi wanita itu, tudung putih yang dipakai wanita itu habis lencun dengan warna merah. Dengan hangatnya api dari arah belakang syahrul, dan manik-manik peluh jantan yang membasahi wajah, syahrul mencuba lagi dengan menarik safety-belt tersebut sekuat mungkin dengan harapan ianya akan terputus tapi sia sia. sekali lagi menggunakan serpihan cermin pecah yang dicapainya dia menggores tali tersebut dan berteriak sekuat hati… kerana situasi ini mengingatkannya tentang memori silam, tentang dia dan arwah tunangnya. Sebuah kisah yang telah mengubah hidup seorang pemuda yang amat mencintai wanita yang telah pergi buat selamanya.
‘tidaaaaaaaaak,’ dan akhirnya tali itu terputus. Wanita itu terdorong kedepan,syahrul menahan bahu wanita itu dan berkata dengan suara perlahan..
‘tuhan memang sayang dekat kamu.. jangan takut.’ Dengan mata berkaca Syahrul tersenyum sambil mengangkat tubuh wanita itu ke atas kearah tempat duduk pemandu, di luar sana beberapa orang pemuda kampong datang menghulurkan tangan untuk menyambut wanita tadi sebelum diletakkan wanita itu di atas tanah kira-kira 50 meter jauh dari kenderaan yang dijangka akan meletup. Dan kemudiannya satu letupan berlaku disebabkan minyak petrol yang tumpah mengalir lalu bertakung di parit tersebut sebelum terkena percikan api dari hadapan kenderaan.
Dari jauh syahrul yang luka-luka dan kepayahan bernafas duduk seketika mengambil udara, perlahan-lahan dia bangkit dan menaikkan motornya yang rebah lalu menghidupkan enjin. Sebelum dia pergi, syahrul menatap pemandangan kenderaan produa tersebut yang kini sedang terbakar.
‘ ratna..’ syahrul teringat arwah tunangnya dahulu yang meninggal dalam nahas kenderaan,kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum termasuk dalam longkang besar. Sewaktu kejadian, dia berusaha menarik ratna keluar dari kereta, tapi segala-galanya terlambat.. ratna yang tersepit oleh safety-belt meminta syahrul keluar sebelum kereta itu meletup, juga disebabkan bahagian enjin terbakar sama seperti yang dilalui sebentar tadi.
‘abang.. keluar abang..’ pinta ratna dengan nafas yang kian menghimpit.
‘tidak ,kita sama-sama keluar … abang akan bawa ratna keluar.. ‘ ucap syahrul dengan penuh linangan air mata sambil berusaha membuka kunci safety belt dipinggang ratna. Walaupun pandangannya kian kabur disebabkan darah yang banyak mengalir keluar melalui kepala, tidak mematahkan semangatnya untuk menyelamatkan insan yang dia sayangi.
‘abang.. ratna amat berterima kasih abang..’ sambil memegang lengan syahrul, ratna meneruskan kata-katanya,’ sebab abang benar-benar buktikan abang seorang yang baik.’
Syahrul tidak pedulikan kata-kata ratna tersebut malah menyuruh ratna diam dan bertahan.
‘abang tahu tak.. abang terlalu baik untuk ratna,’ darah menyembur keluar. Kunci safety belt yang dipakainya berjaya dibuka dan syahrul menarik tubuh ratna keluar. Hujan mulai turun, diangkatnya ratna jauh dari kenderaan mereka sebelum dibaringkannya di atas rumput, tidak lama kemudian kenderaan tersebut pun meletup.
‘ratna…rat..na..’ syahrul cemas, ditepuk-tepuknya pipi ratna.
‘abang, maafkan rat..na.. , ratna tak.. tak dapat ja.. jadi ister.. ri abang..’ ucap ratna seraya memberikan saputangan miliknya yang disulam sendiri kepada syahrul, saputangan putih yang bersulam merah dengan sebuah bait perkataan,Bak Sutera Di Helai Mawar. Saputangan itulah lambang kisah cinta mereka. Mengalir airmata jernih dari kedua-dua mereka, dirangkulnya tubuh ratna ,digenggamnya jari-jemari ratna. Teresak-esak syahrul menahan airmata.
‘tidaaaaaaakkk.. jangaannnn pergiiii’.laung syahrul sekuat hati.
Dibawah hujan lebat ,di pinggir kawasan jauh dari perkampungan ,tidak ada sesiapa menolong mereka. Hujan seolah-olah menangisi pemergian rembulan dari dakapan arjuna. Dan akhirnya syahrul tidak dapat menahan tangisannya dari meratapi pemergian Ratna.
Bunyi siren mengejutkan syahrul dari memori silam, dia berpaling dan ternampak dari kejauhan nyalaan lampu siren dari dua buah kereta peronda dan sebuah ambulan yang menyusul tidak lama kemudian. Sekali lagi dia berpaling memandang kenderaan wanita tadi yang terbakar.
‘ratna..’ sekali lagi nama itu terucap keluar,syahrul meninggalkan kawasan kemalangan tersebut dan menunggang jauh lalu menghilang dalam kepekatan malam yang hanya ditemani susunan lampu kuning jalan raya.

‘alhamdulillah, syukurlah anak umi da selamat,’ ucap puan Zahra sambil mengusap pipi Fini. Dia yang bertugas sebagai ustazah di sebuah sekolah harian biasa di Kota Kinabalu bergegas ke hospital Queen Elizabeth bersama suaminya Ustaz Nawir pada malam kejadian fini dan teman-temannya kemalangan. Segalanya telah diceritakan oleh teman rapat Fini kepada ibunya termasuk kehadiran seorang lelaki misteri yang tiba-tiba datang dan tiba-tiba hilang. Yang tinggal sebagai bukti kehadirannya Cuma sehelai saputangan yang tersulam sebuah bait perkataan.
‘bak sutera di helai mawar.’ Fika membaca sulaman itu. Saputangan berwarna putih krim dan sulaman berwarna merah itu kini berada dalam genggaman tangannya, dia tertanya-tanya. Mungkin ini milik salah seorang pemuda kampong yang menyelamatkannya, tapi daripada cerita yang diperolehinya daripada seorang lagi rakan yang sedar ketika itu saputangan ini milik seorang pemuda bermotor yang susah payah menyelamatkan mereka semua.
‘ya ALLAH, segala puji bagi Engkau yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.. syukur kami kepada rahmat dan pertolongan mu ke atas anak perempuan kami ini ya ALLAH..alhamdulillah.’ doa ayah fini yang berada disebelahnya. Ayahnya seorang ustaz , juga seorang guru agama yang disegani oleh ramai kenalan mereka di Sabah ini.
-dua bulan kemudian….-
Petang itu, syahrul turun kerja seperti biasa.
‘assalammualaikum nak,’ seorang pak cik menyapanya,dia datang untuk melihat-lihat motorsikal yang hendak dibeli.
‘waalaikumussalam ..ya..ada yang bole saya tolong ,pacik?’ syahrul mengelap tangannya yang berminyak sebelum mendekati pak cik tua itu lalu bersalaman dengannya.
‘pak cik mahu tengok-tengok motor dulu, nak beli untuk anak pacik…senang sikit untuk dia pergi kuliahnya nanti.’ Terang pak cik itu tanpa berbasa basi
‘ooo..gitu, mari saya tunjukkan’ syahrul melayan pacik tersebut dengan baik kerana pelanggan yang datang ke kedai motor mereka ibarat emas datang ke timba bagi bosnya, tapi tidak bagi syahrul, baginya orang-orang yang lebih tua harus dihormati. Itulah diri syahrul,meskipun dia dilihat seperti budak motor, tapi jauh dari perwatakkannya dia seorang yang peramah.
‘anak ni asal mana?’ Tanya pak cik tadi sementara menunggu skuter comel yang dipesannya dikeluarkan dari belakang stor.
‘saya ni asal tawau pacik, tapi sekarang menetap di Putatan… saja nak timba pengalaman di tempat orang’ balas Syahrul yang sedang membaiki motornya sementara kedai mereka tidak ramai pelanggan yang hadir.
‘ooo tawau, anak ni nampak macam mat rempit,budak samseng.. tapi pak cik tengok anak ni lembut juga orangnya,’ usik pak cik tersebut sambil ketawa kerana terpandang sticker di badan motor syahrul yang tertera perkataan..
‘bak sutera di helai mawar…’ syahrul mengungkap perkataan sticker itu kemudian menyambung,
‘dah ramai yang cakap macam tu pak cik..’
senyum syahrul, tangannya ligat memutar skru pada bahagian kaburator. Dia tidak ambil hati dengan usikan itu, kerana baginya hanya dia yang tahu kisah di sebalik bait perkataan tersebut.
‘kadang-kadang ada cerita disebalik sebuah nama pak cik..’ syahrul mesra melayan pak cik itu.
Selepas urusan pembelian skuternya, bos syahrul menyuruhnya untuk menghantar skuter itu ke rumah pak cik tadi disebabkan pak cik itu datang menggunakan kereta. Syahrul membontoti kereta pak cik tadi hingga ke rumah, sambil-sambil dia memikirkan semula nasihat yang diberikan pak cik tua itu semasa di kedai motor sebentar tadi. Setibanya di rumah, kunci diserahkan oleh syahrul kepada pak cik itu . tapi dia pula terpaksa dihantar pulang oleh anak perempuan pak cik tersebut dengan bertemankan seorang lagi rakannya setelah dipujuk oleh pak cik itu, walaupun keberatan untuk dihantar tapi syahrul akur memandangkan hari sudah hamper senja. Pada mulanya pak cik itu merancang hendak menghantarnya sendiri ke kedai motor tadi, tapi dia teringatkan pelawaan sahabatnya untuk datang ke majlis kenduri tidak jauh dari tempat tinggal mereka, jadi dia terpaksa meminta anaknya untuk menghantar syahrul pulang.syahrul duduk dibahagian belakang kereta dan hanya memandang ke luar tingkap. pada mulanya syahrul tidak mengenali wanita itu, begitu juga dengan Noorafini. Sehinggalah syahrul tiba semula ke tempat kerjanya, kedai sudah hamper tutup. Syahrul segera mengemas barang-barang dan balik dengan menunggang motorsikalnya. Di simpang lampu merah, dia berhenti betul-betul sebelah kereta yang menghantarnya pulang tadi. Tapi pura-pura dia tidak melihat kereta tersebut, takut dikatakan gatal.
‘eh fini, tu kan mamat tadi yang kita hantar tu.’ Ujar alia sambil memandang kearah syahrul yang berada di sebelah kiri kereta mereka. Noorafini hanya memandang seketika sebelum berpaling memandang lampu isyarat dihadapan. Lampu bertukar hijau, syahrul memecutkan motornya mendahului kereta mereka. Waktu itulah Alia menyebut..
‘bak sutera di helai mawar..’
Tersentak Noorafini dengan perkataan itu, kerana dia juga terbaca tulisan sticker pada motor Syahrul.
‘masya ALLAH..’ fini menekan minyak dan berniat mengejar syahrul. Niatnya hanya ingin tahu tentang sticker tersebut, adakah syahrul yang menyelamatkannya pada malam kejadian. Dan dalam pada itu juga barulah dia teringatkan wajah syahrul kembali ketika di kompleks karamunsing dahulu. Sah memang syahrul orang yang dimarahinya, tapi adakah dia juga adalah orang yang sama menyelamatkannya.
Tanpa disedari syahrul, noorafini dan rakannya telah mengekorinya sehingga ke rumahnya, noorafini meletakkan kenderaannya agak jauh sedikit dari perkarangan rumah syahrul bertujuan mengelak dari diketahui oleh syahrul, beberapa minit kemudian kelihatan syahrul keluar lengkap berpakaian melayu,bersarung dan berkopiah lalu berjalan kaki menuju ke masjid . terkejut juga mereka dengan penampilan syahrul tersebut, siapa sangka budak motor macam syahrul itu kini sedang berpakaian begitu dan menuju pula kearah masjid.

‘encik,’ noorafini menegur syahrul yang baru hendak melangkah keluar dari perkarangan masjid. Dia dan rakannya alia juga baru selesai solat berjemaah di masjid tersebut, tapi sebelum tu dia sudah menghubungi ayahnya untuk meminta izin.
‘saya nak tahu tentang motor encik kat rumah tu’ syahrul pelik dengan soalan tersebut. Pertama kali seorang wanita seperti dihadapannya ini bertanyakan tentang motor, lebih-lebih lagi motor miliknya.
‘kenapa dengan motor tu?’soal syahrul yang masih tidak mengenali wanita dihadapannya itu kerana noorafini tidak memakai niqabnya semenjak keluar rumah tadi.
‘encik tidak kenal saya?’ Tanya noorafini. Syahrul menggeleng perlahan sambil memandang noorafini dan alia. Sehelai saputangan dikeluarkan dari beg tangan lalu diletak melintang dari bawah paras mata seolah-olah menyerupai niqab. Syahrul bertambah pelik. Noorafini mengeluh pendek dan berkata..
‘ni saya la encik.. kat kompleks karamunsing dulu encik pernah tolong saya,’ ujar noorafini seraya menurunkan saputangan tersebut
‘laaa… ustazah ninja rupanya,’ cepat-cepat syahrul melangkah, rasa terkilan dengan sikap noorafini dahulu. ‘apa dia buat kat sini?’monolog syahrul dalam hati.
‘encik..tunggu lar dulu,’ noorafini memanggil tapi tidak dipedulikan syahrul.
‘bak sutera di helai mawar…’ noorafini menyebut perkataan yang tersulam pada saputangan yang kini dipegangnya. Langkah syahrul terhenti, hatinya tersentak.. dia berpaling.
‘saputangan ni milik encik bukan?..’
‘mana kamu dapat saputangan tu?,” syahrul tidak ingat bahawa dia pernah menekup luka di dahi noorafini menggunakan saputangan tersebut, dan dia juga tidak mengecam wajah noorafini pada malam nahas kemalangan tersebut. Perlahan-lahan syahrul mendekati noorafini,tapi tidak terlalu rapat,sekadar lima enam langkah di hadapan noorafini.
‘jadi memang benar lar saputangan ni milik encik?.. kalau begitu tentu encik lar juga orang yang menyelamatkan saya sewaktu tersepit dalam kereta dua bulan lepas..’
Barulah syahrul teringat insiden kemalangan dimana dia pernah menyelamatkan beberapa orang penumpang dalam sebuah produa viva dua bulan lepas.
‘memang tuhan benar-benar sayang kamu ..’ ucap syahrul sambil tersenyum kecil, dilihatnya saputangan bersulam merah itu dengan teliti. Difikirkannya saputangan itu telah tercicir dimana-mana,rupa-rupanya ia berada pada seorang wanita yang pernah diselamatkannya dahulu. Nooorafini tertanya-tanya, hairan dengan senyuman syahrul. Sejurus kemudian syahrul langsung berpaling dan berjalan meninggalkan mereka.
Keesokkan harinya, noorafini ditemani rakannya alia datang ke kedai motor syahrul. Melalui pemilik kedai merangkap majikan syahrul, dia difahamkan bahawa syahrul sudah berhenti kerja dan semalam merupakan hari terakhir dia bekerja disitu. Sedih perasaan noorafini, kerana tidak sempat mengucapkan terima kasihnya atas pertolongan syahrul sebanyak dua kali. Diberitahu juga bahawa syahrul sudah kembali ke kampungnya untuk menggantikan bapanya mengendalikan syarikat kelapa sawit milik keluarga mereka. Barulah diketahui oleh noorafini bahawa syahrul itu berasal dari keluarga yang berada, tapi dia masih tertanya-tanya mengapa syahrul kelihatan seperti budak rempit . melalui cerita majikan syahrul juga, dahulunya syahrul itu bekerja dengan bapanya di syarikat milik keluarga mereka di tawau sebelum dia berubah jadi budak motor yang gelendangan disebabkan kecewa dengan kematian tunangnya Ratna, seolah-olah dia sudah kesal dengan hidupnya sendiri. Sedikit sebanyak sudah diceritakan mengenai syahrul, tapi jodoh pertemuan itu ditangan tuhan. Noorafini tidak berkesempatan menemui syahrul lagi.

Hari ini sudah 1 tahun berlalu semenjak peristiwa pertemuan di masjid tersebut, syahrul tidak lagi seperti dahulu, dia sudah berubah semenjak pulang ke kampong halamannya. Di sana dia rajin mengikuti kelas agama dan ceramah-ceramah agama disamping mengusahakan syarikat kelapa sawit milik keluarga. Sering juga dia mengikuti kuliah-kuliah agama yang selalu diadakan oleh mana-mana pendakwah. Semuanya berubah apabila seorang pak cik tua pernah menasihatinya ketika dia masih bekerja di bengkel motor dahulu.
‘kekecewaan itu hanya menguburkan harapan manusia, di dunia ini tidak akan kekal segala kebahagiaan begitu juga dengan kesedihan. Pak cik percaya, anak ni kecewa dengan sesuatu, tapi pak cik masih dapat melihat satu harapan dalam diri kamu yang masih muda ni. Percayalah, tiap-tiap sesuatu yang berlaku itu andai ia mengecewakan kita , terimalah dengan kelapangan ..in shaa ALLAH.. kebahagiaan akan bersinar dalam hati kita semula,’
Kini dia sudah redha pemergian Ratna, dia akur atas ketetapan tuhan. Sesungguhnya tiap-tiap pertemuan dan perpisahan itu di tangan tuhan. Dan tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Perjalanan hidup ini amat sukar untuk dimengerti, melainkan jika menjalaninya melalui garis-garis yang sudah ditetapkan dalam kitab agung-NYA.
Malam ini, di ruang tamu rumah mereka, ayah syahrul berbincang dengan syahrul mengenai hajatnya dan isterinya untuk meminang anak sahabat mereka itu bagi pihak syahrul, syahrul akur dan diarahkan sendiri untuk ke rumah ayah perempuan tersebut bagi tujuan merisik. Ketika berada di rumah sahabat ayahnya itu, dia merasakan seolah-olah pernah ke rumah itu, cuma ingatannya belum benar-benar pasti. Sehinggalah sahabat ayahnya itu memunculkan diri barulah dia sedar itulah pak cik yang pernah menasihatinya dahulu. Setelah syahrul memperkenalkan diri sebagai budak motor yang dahulu pernah menghantar skuter ke rumah mereka, pakcik itu tidak menyangka dia akan menerima sebuah rombongan lamaran dari seorang pemuda yang satu ketika dahulu pernah singgah ke rumahnya sebagai budak motor , dan kini pemuda itu kelihatan jauh berbeza dengan penampilannya yang kemas, wajah yang bersih berkat wudhu yang dijaga dan keterampilan yang benar-benar menyejukkan mata, tambahan lagi pemuda itu merupakan anak sahabat baiknya ………………………………………………………………….
Dan … ‘Aku terima nikahnya..’

‘abang..jom balik.. anak-anak da mengantuk ni’
Panggilan noorafini menghentikan lamunan syahrul tika itu, dia bangkit berdiri dari duduk di tangga masjid sembulan dan bersalaman dengan isterinya. Noorafini mencium tangan syahrul diikuti anak-anak mereka Farhana dan Saiful yang masing-masing baru berusia 6 dan 5 tahun. Selepas mencium tangan ayah mereka, farhana dan saiful berlari-lari anak menuju ke arah kenderaan mereka. Gelagat mereka menghiburkan hati suami isteri ini.
‘tak sangka da 7 tahun kan abang pertemuan kita’ noorafini membuka bicara sambil melangkah mengiringi langkah syahrul.
‘dan tak sangka kita dah ada dua cahaya mata’ sahut syahrul sambil memimpin tangan isterinya.
‘innalilahiwainna ilahiroji’uun..’ spontan ucapan noorafini apabila terpijak lubang kecil yang terbentuk di atas jalan. kakinya terseliuh sedikit.
‘tuhan benar-benar sayang kamu..’ ucap syahrul tersenyum sambil memimpin kembali tangan isterinya perlahan-lahan menuju ke kereta mereka. Noorafini menyambut senyuman syahrul dengan sedikit cebikan sayang seorang isteri. Malam yang dingin membuatkan noorafini bersin. Syahrul mengeluarkan saputangan bersulam dan menyerahkan pada isterinya untuk mengesat hidung.
‘terima kasih abang..’ ucap noorafini sambil merapatkan pelukannya di tangan syahrul.
‘bak sutera..’ ungkap noorafini dan disambung oleh syahrul, ‘di helai mawar.’

----------------------------khatam-----------------------------
‘ tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita’ –sarini bin sadi