Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, February 29, 2012

Ego Lelaki 2






assalamualaikumm
haiii .. memandangkan petang ni kelajuan beruk band ni agak memberangsangkan boleh laa aku nak update entry sambung dari yang sebelum ni.
kalau baca la kan
before that, how's ur class today ?
amboi, sejak masuk kelas oral communication ni nak skeaping aje !
well,practice make perfect right ?
hehe. arini aku ada kelas Hubungan Etnik taw.
hurmm.. lecturernya, boleh tahan kau jah.
En.Yusten nama dia :) hee
okay, tanpa melengahkan masa lagi jum kita tinjau apa yang ada untuk entry kali ni.
kalau aritu kita da cerita  tentang Ego lelaki kan.
so arini aku nak share macam mana nak leburkan Ego lelaki tu.
ni bukan tips tw tp just pengetahuan :)
aku buat blog ni bukan nak bagi tips ok .
.
.
.
.
.
.
.
cakkk !!
actually bukan susah pun nak menangani Ego lelaki ni
tapi perempuan yang mempunyai kesabaran tahap ketinggian Gunung Kinabalu je yang boleh lakukan nye.
hehe.. takde laa.. semua boleh insyaAllah dengan izinNya :)
kadang-kadang Ego lelaki ni senang je nak handle lebih-lebih lagi kalau korg ni memang kekasih hati yang sangat disayanginya.
lelaki ni kalau dah sayang sanggup buat apa je tw.
okay yang pertama korg wahai perempuan jangan sepuluh kali meninggikan suara .
kalau gaduh besar mana pun, jangan la korg nak hangin satu badan sampaikan satu mall boleh dengar suara tu.
sebab, pantang lelaki dengar perempuan tinggikan suara tu. 
bagi dorg perempuan yang menengking dan menjerit adalah tidak sopann :)
so trust me, kalau korg berlembut dengan lelaki ni cairlah dorg.

next, jadilah perempuan yang dengar masalah dan bebelan dia.
dalam erti kata lain, dengar cakap dia.
tapi janganlah dengar apa yang tak baik.
yang baik turutkanlah ok :)
selagi tak salah disisi agama kita ..

orang perempuan ni kalau cakap berbelit-belit .
pernah tak orang cakap macam tu ???
haha.. tu salah satu penyakit perempuan.
kalau marah tu cakapnye ntah apa-apa.. last2 dia sendiri pun tak taw apa yang dia tengah cakap.
adehh,, nak buat macam mana . hee :D

okay sekarang kita tiba di kuasa lebur Ego lelaki tahap 1 !
admit wrong and you win 
memang susah nak buat tapi percayalah ini adalah senjata untuk mengalahkan dan menundukkan ego lelaki ni.
korang tak rugi apa-apa pun kan kalau mengaku kalah.
buatlah apa saje untuk puaskan hati dorg
dia kan kekasih hati korang :)
lastly,lafazkan maaf .. simple right ?
ungkapan maaf adalah seteguk air dari pergunungan Himalaya yang mampu meredakan selaut kemarahan di lautan Antartika .
hehe .. apa-apa pun semuanya terserah kt diri masing-masing macam mana nak kawal perhubungan korg.
sebab bukan lelaki je ada Ego tw.
perempuan punya Ego lagi power.
kalau bertembunglah dua-dua species ni habeslah..

yang penting kita enjoyy !!
berusahalah yang terbaik untuk pasangan korg but jangan lupa
Allah is always here .
sentiasa lah berdoa kepadanya sebab Allah sayang orang yang sukA berdoa ni :)
tapi jangan time korg gaduh sampai hubungan di hujung gigi kucing baru nak berdoa.

akhir kata dari syira yang tak cantik tapi comel ni ( tipu je )
terima kasih kerana membaca :D
senyum tak perlu kata apa-apa :)
wassalam.


Monday, February 27, 2012

Ego Lelaki 1

assalamualaikummm ..
naaa... tengok tajuk entry tu.. kemain kau.
tengok je jangan baca lagi.. hehe
macam mana kelas korang?
da start ke?
aku punya kelas baru start arini.
you know what?
nothing :)
.
.



. korg msti ada yang dirundum masalah lelaki ego ni kan.
tak kisah la yang bercinta atau tak sebab hidup kita ni sentiasa ada lelaki.
abah kita kan lelaki jugak .. heee :D
ayat biase yang kite dengar.

lelaki ni EGOnya tinggi mengalahkan Klcc..

amboi nok.. marah bebenor yek..
hehe.. rileks laa...
kalau lelaki Ego,prempuan Nouvous.
tu lah jawapan kawan lelaki aku.
its not about a scooter okay !

okay,lets start...
1
2
3
hurm.. perempuan selalu mengeluh tentang Ego lelaki ni..katanya lelaki ni Egonya tinggi melangit
yelah, mana tak tinggi kalau mengalahkan Klcc tuu..
dalam kelembutan lelaki melayan si perempuan ni kadang2 mereka akan tetap pertahankan apa yang dorg rasakan betul !
so, kita sebagai perempuan mesti memahami rentak lelaki.
amboi kau.. rentak apa tu..
haa... baca sampai habes,baru hang tw..
Ego lelaki ni umpama misteri yang terselindung di sebalik wajahnya yang Macho,Babyface,Hensem bla bla..
kenapa ek lelaki ni susah nak mengaku salah even dah terang lagi bersuluh kan lampu yang bergemerlapan bahawa dia memang bersalah ???
okay. mai kita tengok Ego ni yang macam mana sebenarnya .






We can divide this Ego into 3 pieces. haha ( broken English )

EGO 1
Lelaki Selalu Betul

kenapa dorg rasa dorg selalu betul ?
sebab ... lelaki ego benci kepada kesilapan dan yang paling penting lelaki ego amat benci apabila dia melakukan kesilapan sebelum dia sendiri sedar kesilapan tersebut dilakukan.
yelah kan, tak sempat nak cover malu.
aiihh.. pokoknya lelaki memang susah la nak mengaku kalah !

EGO 2
Tuduh Perempuan Mengada-ngada

memang lumrah kalau bercinta la kan perempuan ni sering mahukan perhatian.
tak kiralah bercinta @ tak, perempuan memang sifatnya begitu.
FYI, bukan perempuan je yang boleh moody tw. lelaki pon boleh. datang bulan ke ape??
ada masanya lelaki pon boleh moody sampaikan dorg taknak layan kekasih hati sendiri.
padahal dorg la yang offer a shoulder to cry on pada kekasih hati tu sendiri. ish..ish..ish.. tak patut.
so, bila datangnya time moody tu mula lah nak cakap perempuan tu mengada-ngada. 
dah kompem kalau ada masalah dalam or luaran , kerja sekolah susah ke, assignment belum hantar ke perempuan ni akan teringat kekasih hati dorg. 
apa guna ada kekasih kalau tak boleh share masalah kan walaupun dorg tw kekasih hati dorg tu tak boleh buat apa2 pun but what woman want is.. seorang teman yang mendengar.
yang sakit hati cuba bayangkan kita semangat berkobar-kobar bercerita dengan dia tentang assignment yang baru dapat tapi dia memandang tanpa sebarang perasaan !! oh mannn.... 
tibe2 kena marah pulak lagi tuu..  tentu rasa nak rendam kepala dalam tepung if dorg ni tak faham masalah kita kan. suruh dengar je pun.. kalau nak komen bagi la komen yang membina semangat sikit. huh
you want love,he gives you logic.you want to 'mothered',he acts like your father.

alamak ! 
panjang sangat la pulak.
mesti korg penat nak baca kan.
so, dengan lafaz bismillahirrahmaanirrahiimmm..
nanti aku sambung next entry dengan cara2 nk meleburkan ego lelaki ni.
cewwaaaahhhh ! 
hehe..akhir kata..
senyum tak perlu kata apa-apa :)

Saturday, February 25, 2012

kalau bab-bab jual mahal perempuan memang cekap berlakon

assalamualaikummm
ehh.. jawab taw jangan tak jawab pulak =)
naaaa.. dah baca blom tajuk entry aku tu,
apa pendapat korang wahai perempuan



tengok kucing ni, malu mengada =)
macam korang la kan..
lepas tu jual mahal.
.
.

betul kan
nak taw apa yang betul kena lah baca entry ni sampai habes.
btw, sekarang da masuk sem 2
kelas da start ke??
minggu ni cuma 2 kelas aku je yang tak cancel.
aduhhh, kalau aku tw aku balek minggu depan.
hurmmm.. miss my family damm much !

nak taw kenapa aku cakap perempuan memang hebat bab jual mahal ??
hehe.. aku pun macam tu jugak
yelah,dah aku perempuan kan . hee
sebab
.
.
.
.
imbas kembali 1st time korang berdating dengan kekasih hati.
tak kesah la siapa yang penting lelaki dan korang mempunyai perasaan terhadapnya.
korang p makan tak ??
biasenya perempuan ni 
( kalau korang bukan macam tu jangan la marrah pulak)
mula-mula memang malu
diajak makan menggeleng. kononnya sudah kenyang.
perempuan memang begitu .
mungkin ada diantar korang makan bersama kekasih hati setelah bebrapa kali pertemuan 
( bukan aku lah tu )
al-maklum lah kan,kalau makan banyak benda yang difikirkan .
takut gincu hilang lah,takut ada cili terlekat kat celah gigi lah,takut nak nganga mulut luas2 lah..
kann..kan..
korang macam tu tak??
kadang2 tu nak pegang sudu pun terketar2.
yelah kan,1st date.
kalau boleh semua nak nampak perfect d mata kekasih hati tuu.
kalau d Kfc makan ayam goreng, sampai Kfc tu nak tutup blom tentu habes ayam goreng tu dicubitnya.
haha.. kelakar.
aritu aku ada la couple ni duduk sebelah aku kat Kfc
aku tak tw la sampai bila dia nk cubit ayam goreng tu. haha
(sedap ngat cakap kat orang )
kalau aku lah kan, mula2 je malu... :D
Lama-lama jadi peTAkmalu pulak.
hah, itu cerita time awal2 bercinta.
masuk je setengah tahun perhubungan rasanya hilang segala kemaluan. oppssss
jangan salah faham :D heee
setiap kali berdating, tempat makan dulu yang akan difikirkan.
hari ni makan Kfc,esok nak makan nasi ayam dekat Teluk Cempedak.
kelmarin makan mee kari di Bukit Pelindung. mungkin minggu depan datang lagi.
naaa... boleh bayangkan betapa sihat dan gembiranya korang time tu ?

percayalah,selera orang bercinta memang sentiasa bagus.
biasa kan kalau kita jumpa kawan lama ada yang menegur..

ehh, gemuk dah kau. senang hati nampak ?
yelah,mana tak senang hati ada orang jaga kan.
itu lah jawapan artis2 di malaysia ni :D
biasanya perempuan ni akan jaga badan,yelah nanti tak pasal2 kekasih hati lari sebab terlalu senang hati.
tapi macam mana kalau korang couple tak sampai setahun tp tabiat pemakanan korang da berubah
mungkin betul jawapan artis tu..
sebab ada orang jaga..
bahagia lah jiwa & raga kann..
maklumlah,orang bercinta ni semuanya berjalan dengan lancar,
bibir tersenyum 24 jam.
bertambah bertuah badan kalau kekasih hati tersebut betul2 sayang kat korang.
alahaiii.. bertuahnya badan..

ehh.. panjang sangat ke entry ni ?
alaa.. sikit lagi. jangan skip tw :)
.
.
.
.
.
.
haa... cmtu laaa..
kte sambung ek :)
lagi bertuah kalau korang ditatang bagai gula yang penuh dalam tupperware.
muka sentiasa berseri2 orang kate,hati berbunga2 seiring dengan selera makan pun bertambah
maka, bertambah-tambah lah Kg anda . haha
opppp... tapi ingat.
bukan perempuan je yang mengalami hal yang macam ni.
ia boleh jadi sebaliknya jugak .
sama-sama lah korang membesarkan badan dengan kekasih hati. haha

ok,dah abis.. penat ke baca ?
huhu.. takpe p minum air masak campur garam sikit.
insyaAllah, tenaga anda bertambah.
akhir kata,
senyum tak perlu kata apa-apa :)
wassalam..

Tuesday, February 21, 2012

Mari Amalkan

assalamualaikummmm... huhu
uit..uit... entry kali ni aku nk share something yang sangat bermakna dalam kehidupan kita.
marilah sama-sama  kita amalkan ye kawan-kawan :D

Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
... ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.


tengok, syaitan tu jahat kan... :)

Friday, February 10, 2012

My Birthday !




assalamualaikummm :)
sekarang jam menunjukkan pukul 00.49 waktu Malaysia bersamaan dengan 10 Feb 2012..
semalam 9 Feb 2012 birthday aku tw. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang fana ni.. huhu
InsyaAllah aku akan melakukan apa yang aku niatkan di hati.. da lame aku berniat cuma iman je tak kuat..
sempena birthday aku ni aku harap aku boleh buat . semoga aku diberi kekuatan mental dan fizikal dan yang paling penting kekuatan imanku.. walaupun tak sepenuhnya,,insyaAllah.. aku cuba sikit2.. memang susah nak berubah terutamanya nak melalui pandangan orang lain. 

eh .. nak tw tak ? nothing special happened on that day .. 
1st , aku menanges sebab takde orang nyanyikan untuk aku.. huhu.. bodoh kan.
kalau tahun lepas aku nanges sebab ada orang nyanyikan lagu birthday tapi tahun ni takde.. hukhuk :'(
orang yang aku harapkan wishes dari dia yang bole buat aku gembira pada hari lahir aku pun tak buat macam aku harapkan.. kita tak ley expect apa yang kita nak dan orang tu buat untuk kita kan? 
tak semestinya kita buat baik orang akan balas baik .. huhu . kalau kat matrik time ni aku tengah kena jirus dengan air.. tak puas hati dengan tu sekilo tepung dan 6 biji telur atas kepala.. haha.. rinduuuu ~~
walaupun baju kurung,beg,tudung kena rendam 2 minggu .. tapi aku seronok .. sebab aku taw dorang menghargai aku.. aku tak taw la kenapa aku nak orang hargai aku, mybe sebab aku pun hargai orang lain. tak kesah kawan baru or lama ,, sebab tu kalau aku sedey kalau orang tak hargai aku. hoho .. mengade kann 


thanks la korg berjaya balas dendam kt aku :)


tu merangkap pembantu yang mengenakan aku 
tyrex :)


gembira korang kan :)


minggu depan da nak balek Sabah .. hurmmm :(
malasnyeee nak balek.. nak mengadap result lagi nanti.. result kompem2 la tak bagus seperti yang aku harapkan.. da biasa da tu.. huhutak sabar nak jumpa kawan2 kat sana ., tapi... abaikan..
tiqe cakap buat macam biasa je.. insyaAllah, i will try the best . hoho

lastly.. happy birthday to Nur Assyahirah Abu Samah :)
semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup ..
insyaAllah.. i will try my best supaya mendapat gelaran itu ..Ammiiinnn... 


Tuesday, February 7, 2012

Baju Melayu Vs Baju Kurung




assalamualaikummmm :)
rajin pulak aku nak buat entry ari ni.. nampak sangat bosan tahap sipanze. 
bangun tidow makan.. pastu tengok tv.. pastu makan lagi .. haaa.. boleh bayangkan tak tahap kesihatan aku ? 
berat badan kompom naik ni dari 48kg sebelum aku balek aritu.. sekarang agak2 da 52kg ni. huuhu
ma cakap takpelah, balek sana nanti kurus balek. haiii.. ingat senang nak kurus . haha
eh bukan nak cakap pasal kurus or gemuk . korang mesti pernah dengar ayat ni kan..

'' Orang perempuan jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar (kata-kata) Orang lelaki jatuh cinta dengan apa yang mereka lihat (rupa paras) Sebab itulah orang perempuan bersolek dan orang lelaki berbohong ''

bila difikirkan dan ditambah dengan pengalaman aku ( mcm banyak sangat je pengalaman tu kann ) memang tepat sekali ayat  di atas tu. yelah kan orang jatuh cinta biasanya akan cakap 
' dari mata jatuh ke hati ' atau 'cinta pandang pertama'.. bagi lelaki apa yang dipandang pada sorang perempuan ialah kecantikan . tapi aku tak nafikan bukan semua lelaki macam tu. aku pernah tanya kawan lelaki aku..
apa yang lelaki pandang pada sorg perempuan ?
dan dia jawab 1st sekali tengok rupa,cantik or tak . kalau tak cantik tengok body .. see what ?? 
boleh bayangkan tak korang bila lelaki tengok kita ni perempuan. Astaghfirullahalaziimm.. 
sebab tu la kita kena jaga aurat kita ni untuk mengelak daripada pandangan yang dipengaruhi syaitan tuu..tapi tu pendapat kawan aku tu la.. 
(aku cakap ni untuk diri sendiri jugak tw )
aku tak pasti la semua lelaki mcm ni atau tak. tapi seriussly aku setuju sangat dengan ayat tu. that's why la kan perempuan pakai make up, bercantik-cantik.. semua tu untuk tarik perhatian lelaki. cuba letakkan perempuan yang cantik,pakai make up dan dress nya pun up to date kat sebelah perempuan yang pakai baju kurung tanpa make up . korang dapat bayangkan tak perempuan mana yang lelaki akan pandang dulu ?
tapi kalau lelaki tu tak pandang luaran dia akan nampak kecantikan dalam diri perempuan yang tak pakai make up tu. cantik tu kan subjektif .. tak hairan la kalau lelaki akan pandang yang cantik tu. perempuan pun macam tu jugak. kalau ada lelaki hensem tak berkelip la mata memandangnya ( tu aku , haha )
dengan make up dan kecantikan luaran tu lah lelaki akan jatuh cinta . tapi tu bukan la cinta sebenar , KOT la... pernah tengok lelaki hensem couple dengan perempuan gemuk ??? aku suka kalau jumpa couple yang macam ni sebab aku sure lelaki tu tidak memandang luaran .. tapi tak tw la kan kalau ada maksud yang tersurat & tersirat.. 
okay, perempuan pulak akan jatuh cinta dengan kata-kata.. sebagai contoh yang senang la kan. 
ayat-ayat cinta dari seorang lelaki tu yang akan buat perempuan tu jatuh cinta.. tak semestinya ayat tu mesti ayat-ayat cinta. hati perempuan ni sensitif .. mudah menerima tapi sukar untuk melupainya.. apa yang dia dengar yang tu lah dia akan terima bulat-bulat .. so,that's why la lelaki berbohong.. apa yang dikatakan semua Tipu !. walaupun TAK SEMUA tapi still ada lagi lelaki yang macam tu..
tapi dengan dunia yang modern sekarang ni lelaki ke perempuan same je. SAMA-SAMA MENIPU DAN DITIPU. .. so tak hairan la banyak kecurangan dan kes penceraian sekarang ni.
huhu... lancar betul aku menaip. rasa macam nak buat novel pulak tapi tak pandai lah. 
mengarut je nanti.. cakap pasal novel teringat pulak time form1 aku pernah try nak buat novel. lepas tu kawan aku jumpa buku yang aku tulis tu. apa lagi ramai-ramai dorang gelakkan aku . adehh .. malu takyah cakap la.. hiho
10 hb Feb  ni da 4 bulan aku single  tw :)
kalau ada yang nak masuk jarum, boley mintak no tel my Abah ye..
kita bercinta lepas kawen . hihi .. GATALL.. :)

terima kasih kerana membaca..

Two Weeks More




aasalaamualaikummm..
hari berganti hari waktu berganti dengan jam . eh apa aku ngarut ni..
hukhukhuk .. cuti dah nak habes .. huaaaaaaa... taknak balek Sabah !!!
tak puas lagi aku dok besarkan badan kat rumah ni.. 
walaupun bosan yang teramat sangat tapi takpelah aku enjoy bersama family terCintaaaa.. :)
                      . 
                      .
oh ye, gambar yang aku cakap nak upload aritu aku tak upload pun lagi kan,.
bukan malas or tak sempat tapi line tak mengizinkan. 
kenapa maxis tak potong lagi ek line bb aku ni. 
rasanya dah dua bulan aku tak bayar . hoho . tak taw lah kalau abah bayar dalam diam. hee ~`
apa aku nak buat dalam dua minggu ni ek?
nak mengemas lambat lagi kan.. baju-baju aritu pun dalam luggage lagi . aku tak bwak kuar pun.
punya main PEMALAS lagi aku kan. huhu

eh dua ari lepas Maulidur Rasul kan. apa korang buat?
dulu kalau kat sekolah dan matrik mesti ada sambutan. biasanya kat sekolah dulu aku excited nak p sebab tak payah pakai baju sekolah kan. time ni lah nak tunjuk cantik kononnya pakai baju kurung . puii. cantik sangat la aku yang muka macam keling pakai tudung ni (time sekolah dulu la kan )
huhu. kat matrik pulak kami berarak mengelilingi matrik tu . huhu . time tu tak semua megat yang join sebab nak tidur. amboi pagi lagi aku da macam mak membebel sebab dorang taknak ikut . aku ni dengan muka baru bangun tidur ( tapi bukan aku sorg muka mcm tu ) berlari la p padang tu. biasalah aku orang paling lambat siap walaupun aku paling awal yang bangun.
eh banyak betul rasanya cerita aku nak share . yelah sekarang kan cuti dan aku takde tempat nak bercerita. dah tu duduk rumah je.. nak cerita kat sape.. ermm..
aritu kan aku ada beli souvenir dari Sabah untuk mak mentua aku yang tak jadi kan. so nak dipendekkan cerita time aku nak bagi barang tu adik Ex-Bf aku ni takde,sume da balek tempat belajar masing2. yelah kan aku je cuti sebulan. budak Dip cuti sekejap je.
okay, pada suatu malam aku sms Ex-Bf aku tu suruh dia datang rumah ambil barang tu dan dia pun datang
tapiii..
 sombong gilakkkk. runsing aku sekejap dengan kesombongan dia tu . tak sangka pun ada . benci sangat ke dia kat aku ? menyampah sangat ek ?
yang sombong gilakkk ni la yg aku paling sayang sangat sangat sangat dan sangat . DULU . sekarang ni mybe adalah sisa pepejal yang tinggal sebab kami dah lama bersama kan..  apa2 pun semoga hubungan dia dan awek dia sekarang berkekalan hendaknya :)


sempena Maulidur Rasul ni ...
tingkatkan amalan tw. huhu..
jaga hati, jaga iman dan jaga apa ek ? haa... jangan jadi jaga . hoho

Selamat Malam :)