Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 31, 2012

ombak rindu by Ahmad Faizal (cover)

Jarak Memisahkan Kita




assalamualaikummm...
sihat ke semua?? aku dari aritu demam tak sembuh-sembuh lagi ne.. adoii... macam mana nak sihat duduk rumah je,peluh tak kuar langsung. yelah cuti ni aku terperuk betul dalam rumah.. huhuhu.. kesian kan. takde orang nak bawak p jalan. ngehngehngeh.
arini seharian aku duk cari template utk blog ne sampaikan blog aku jadi ngarot gler dah.. sebelum jadi lebih ngarut dan serabut aku pun pick je la yg aku pakai sekarang ne. tak cantik kan. lantaklah.. aku bukan pandai sangat nak berblogging ne. asalkan ada suda la.. :)
sebab pening kepala dan tak boleh tidow aku pon bercerita la kat sini. bak kata kawan aku, aku kan suka bercerita . hoho. semua kalau boleh aku nak cerita kat orang . tapi..tapi... aku tak tambah or tolak cerita yang aku sampaikan tu.. aku sampaikan sebijik macam orang yang cerita kt aku tu. haha . tak caye tanye la kawan-kawan aku . haha
entry malam ni pasal Percintaan Jarak Jauh or PJJ .. huhu.. bukan Pembelajaran Jarak Jauh tw.. bunyi macam sama tapi lain. FYI ( naaa.. kelas kau jah ) aku TAK PERCAYA langsung hubungan jenis ne.
sebabnye..sebab,..sebab.. kalau aku terjebak dalam hubungan jenis ne mesti tak pernah menjadi. sangkut di celah gigi. haha
ish.. emotional aku law cakap bab cinta tak menjadi ni. haha. nak maroh sero. bg aku susah sangat law ada hubungan mcam ne, lebih-lebih lg law takde kerjasama dan tolak ansur dalam hubungan tu.. yang paling penting dalam hubungan jenis ne, KEPERCAYAAN .. tapi ada cikgu motivasi aku pernah cakap JANGAN PERCAYA LELAKI 100% .. sebabnye memang dorg akan menipu. sie-sie je kita sorg yang jujur. tapi tak semua la KOT lelaki macam tu. bagi aku same je . hihi :p ( jangan mara ek wahai kaum adam )
tapi apa-apa pun semua bukan kita yang tentukan. kalau sesebuah hubungan tak menjadi dan pasangan tersebut berjauhan orang akan salahkan sebab jarak yang  berjauhan... tapi kalau sesebuah hubungan tu tak menjadi tapi mereka tak berjauhan orang akan salahkan orang ketiga. kenapa ek??
cuba bayangkan kalau korg dlm PJJ ni, suda la jauh ... sms pun jarang,calling pun jarang,jumpaaaa apatah lagi. macam mana nak tahan ?? memang la bukan semua tu yang menentukan sesebuah hubungan tapi INGAT ia boleh mempengaruhi hubungan tu jgk tw. cuba bayangkan korang tak sms,tak call,tak taw khbar berita dia. da makan ke?sihat ke? kan... eh tapi lagi sakit kalau tibe-tibe korang dapat taw si dia tu ada orang lain. tak kesah la lelaki ke perempuan .. sama je semua sekarang .  haih.. mana tak bengang .. 
tapi bukan la semua.. ingat tu.. bukan semua.. nanti ada pulak yang hangin dengan entry aku ni. 
ingat taw.. jangan lupa ... kita cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. kalau ada jodoh kutub utara ngn kutub selatan pun bertemu jgk.. (tu ayat mummy zue ) hihi.. 
yang penting kita enjoyyyyyyy ! eh ??

meh nak bg tw sikit :
kepada si gadis (termasuklah diri aku sendiri ) ,persiapkanlah diri korg secomel-comelnye untuk bakal imam korg nanti. 
berusahalah untuk jadi yang solehah :)
supaya korg akan dapat yang soleh :D
kepada si jejaka, persiapkanlah diri korang sebaik-baiknya untuk bakal ibu kepada anak-anak korg nanti..
supaya korg bole bawak keluarga korang menuju syurga :)
Inya Allah, dengan izinNya..

entry kat atas tu sekadar untuk berkongsi cerita sahaja tw . jangan la ambik kaki pulak.
semua orang ada pendapat masing-masing kn..

 okay. ni sms said untuk malam ne. macam biasa aku tak pernah balas dan setiap hari dia akan sms aku .

jadilah awak gadis yang membanggakan lelaki,
yang pinta dinasihati,
yang menolak cinta sebelum di ijab &qabulkan,
yang apabila berhadapan dengan lelaki membuatkan lelaki itu tunduk malu..
jadilah awak isteri yang mendengar nasihat,
yang pantas menilai teguran,
yang apabila berhadapan dengan suami membuatkan suami tidak pandai berpura-pura bahagia..
jadilah awak wanita yang berpanas di jalan Allah,
yang berdebu di medan jihad,
yang apabila mempunyai zuriat nescaya tidak akan tenang selagi zuriat itu tidak gugur syahid..
teruskan bermujahadah awak,
InsyaAllah,syurgalah tempat awak..
Selamat Malam :)

Friday, January 27, 2012

Jom Bercinta Secara Halal





assalamualaikum...
apa khabar semuaa ( macam ramai je kann yg baca blog aku ne ) tapi takpelah..
boringnyaaaa aku cuti ne.. duduk rumah je. tak taw nk p mana. nak jalan-jalan takkan sorang2.. haiiih.. kalau la ada pakwe kan..
nak balek kampung, abah busy.. nak naik bas MALAS . huhuhu.. ni la budak zaman sekarang.. taknak dah susah-susah.. tengok kawan-kawan aku happy je cuti ne bole kuar dengan PAKWE. tapi aku duduk terperuk dalam rumah. biarlah, boleh cerahkan kulit kan (nampak sangat HITAM )
huhu.. biar la aku luangkan masa cuti ne dengan family terCINTA.. biarlah terperuk dalam rumah pun kann..
at least kurang maksiat.. eh eh eh .. prasan tak sekarang sekarang dan sekarang ramai yang kawen muda.. adoi.. IMPIAN aku jgk tu tw nak kawen muda. huhu. tapi jodoh belum sampai.. hoho
okay, meh aku bg tw sape yg kawen muda tu.. contoh terbaeeekkk... Mira & Muhsin ... kalau korang nak tw lebih lanjut baca sendiri kat blog dia tw.. Diari Rindu Muhsin Dan Mira .. seriussss.. sangat best dan nak jadi macam dorg. hihi (gatei ) 
siapa kata xley bercouple? bercouple boleh tapi dengan cara yang halal iaitu Bernikah !!
.. haaa... kalau da ada couple jgn la tunggu lama-lama.. kawen la.. xpun bertunang je dulu ( tu ayat orang tue la kot )
orang selalu cakap bertunang ni kononnya nak kenal hati budi kan. kalau tak sesuai boleh putus,nanti dah kawen malu kalau bercerai.. adeii... KONON LAAA KANNN..  aku nanti taknak bertunang lama-lama. hihi.. nak bertunang 1jam je.. ngee ~
eh ,, bukan nak cerita sal tunang tapi ada kaitan la jugak. pernah dengar Nikah Khitbah ??? tu nama dia dalam Islam laa.. biasa orang panggil Nikah Gantung.. haa.. mesti pernah dengar kan.. 
meh nak cerita sikit.. 
Khitbah ni maksud dia bertunang. bertunang plak maksudnya ikatan perjanjian antara dua orang insan untuk berkahwin. alah.. kira macam nak chop dulu la kan.. nanti terlepas pulak. huhu . selalunya dalam tempoh bertunang ni la kononnya tempoh pra perkahwinan la.. jalan pegang tangan kan.. (tapi sekarang yang tak bertunang pun pegang ??)
nikah adalah menghalalkan perhubungan dan membina hubungan. yang pasti kita dan pasangan dah halal dan boleh buat apa saja.. apa sahaja !! hihi... (suka kann )
 bunyinya macam senang tapi ibu bapa kita mesti susah nak terima lebih-lebih lagi kalau nikah tu Nikah Gantung atau Nikah Khitbah ni laa.. mesti la dorg sgt tak setuju.. tapi tak semua ibu bapa macam tu.. jadi untuk mengelakkan maksiat, ada juga yang setuju.. Abah, along nak nikah khitbah .. hihi ..tapi xde calon ne.. abah cari lahh.. (amboiiii kau )
dan sangat susah nak yakinkan ibu bapa nak benarkan nikah jenis ne..
tapiii...tapi kann.. orang yang nikah khitbah ne tak tinggal sebumbung tw. dorg still tinggal dengan ibu bapa dorang.
 yelah,, sape nak tanggung makan dan minum kalau dua-dua still study ??? sape nak bayar bil air/elektrik? yang penting duit belanja kawen??? 
haa,, nak nikah bukannya senang taw.. nak kawen senang .. hee ~~ ( apa beza nikah ngn kawen ?)
lagi satu,, Syaitan sangatttt marag kalau ada pasangan muda yang berkahwin tw. ibarat periuk nasi dorg musnah ( lebih kurang gtu laa.. ) aku tak ingat sangat .. aku pernah baca kt mana ntah.. yelah, bila muda lagi da kawen takde la maksiat. syaitan kan selalu suruh orang buat maksiat.. nauzubillahhhh...
so, di sini saya ingin mengajak anda semua..
jum kita bercinta.. bercinta selepas kawen. mesti best kann.. ( alololo..sweet sangat ) (getek !!)
bercinta sambil berkahwin pun bole, nikah khitbah la.. LAAAAGIIIIIII BESTTTTT  ... 
apa-apa pun.. kalau nak bercinta tu, Bercinta la dengan halal.. peringatan ni khusus buat diri aku sendiri dan dikongsikan bersama. :)
insyaAllah.. sentiasa berusaha jadi yang terbaek untuk bakal suamiku .. 

sms Said untukku setiap malam..

Salam.
Jangan Lupa tw..
Jangan buat-buat lupa..
Lupa apa?
Jangan Lupa untuk jadi yang Solehah :)

thanks Said.. InsyaAllah ..

okay,sape yang da baca dan teringin nak nikah khitbah ??? haha



Tuesday, January 24, 2012

Happy Holiday I

Assalamualaikum.. hihi.. da lama sgt ke aku tak update blog ne. huhu. biasalah dah duduk rumah kan. buzy memanjang. bzy tidow, makan tidow dan makan. huhu.. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku selamat sampai di tanah airku Kuantan pada 18 Jan 2012  jam 7.05 pagi.. malam before balek tu aku stay kat rumah kawan Abah, kire konon family angkat la... konon la kn.. then pagi tu pukul 11 dia hantar aku p airport memandangkan rumah dia depan airport tu je.. kat sana aku jumpa kwn2ku yg lain. okay, yang aku nak cerita pasal Malaysia Airlines. tak menyesal la aku beli tiket mahal. semuanya puas hati, layanan, makanan.. memang best la.. huhu.. tapi cara dia tak sama la macam yg lain. aritu aku naik firefly so kali ni ktrg kelam kabut ckt sbb sume 1st time naik MAS. huhu.. pukul 12.45 ktrg baru nak naik flight sedangkan dalam boarding pas depart pukul 12.45 tu.. last2 kul 1.20 baru terbang.. heee ~~ happpy ta rasa nak balek time tu.. ngehngeh ngeh..then sampai KLIA pukul 3.20 ... ktrg sume berpecah sbb umah lain2 kan.. lepas hantar kawan aku kt KL Central tinggallah aku sorg2 kt airport tu.. adoiii.. gabra jugak aku 1st tu... tapi buat macam biasa la kan.. takkan nk buat muka macam rusa masuk funfair. huhu.. uii.. nyaris aku tak kena tinggal tw.. boarding time pukul 6 so pukul 6ptg baru aku masuk.. tup tup.. orang da masuk dalam flight. huh.. sudala seat aku blakang skali. adehh.. haaa... lupa nak cerita time dapat boarding pas tu kami excited la sebab boarding pas dia kertas keras. tak macam firefly and airasia yang macam kertas resit beli kt giant tu.. so, kami ambil la gmbr boarding pas tu.. tiba2, time cek boarding pas tu dia ambil rupanya.. tinggal laa tiket yang kecik mcm tiket naik train tu.. nasib ktrg ambil gambar.. hhuhu.. sampai kt airport Kuantan aku disambut dengan faamily tercinta.. hihihi... gembiranyaaaa aku tw.. dan sekarang da hampir seminggu di rumah..aritu aku jumpa Megat Nuyul dan Megat Fahiza.. hoho. dia peluk aku mcam apa nth.. suda la kt bustand.. kikiki.. kami p karoke je .. ohoi.. balek tu senyap je sume.. takde suara nak bercakap. apa orang kata,, all outtt ! haha.. 1st time plak tu aku semangat berkarok. abis aku ajk dorg kae karok kt 1B dorg taknak. huhu.. demam pulak aku duduk rumah ne.. mesti rindukan Sabah ne.. tapi rindukan Sabah or orang Sabah ?? biar la aku sorg je tw.. ermm.. lemah tul law duduk di rumah ni.. makan sepanjang masa.. deii.. eh eh tapi aku gembira sebab ada la sorg hamba ALLAH tu cakap aku kurus CIKIT... walaupun Cikit kannn... hahaha.. haih.. naik cuti nanti berbulat la aku.. huhu... Happy Holiday semua kawan-kawanku.. gambar aku tak transfer lagi.. nanti la aku update . huhu :)




Saturday, January 14, 2012

I Love Sabah :)




assalamualaikummm.. hihi
eh nak tw. nak ta takkk lagi 3 hari aku akan pulang ke Malaysia Oh Tanah Airku ~~
mcam la aku duduk oversea kn.. urmm ,, tapi aku over the sea. huhu
memandangkan ramai jiran tetangga yang menunggu kepulanganku,so ari ni aku dan raden's p jalan-jalan cari makan . hihi .. syioookkk uuhh... kami p Pasar Filipine yang penuh dengan orang filipine datang mintak duit. dah la nak mintak tu main pegang2.. adoi.. budak-budak, mak budak semua ada.. takut jugak aku tengok situasi pelik kat situ tadi. ada senior aku siap kena tumbuk lagi kat belakang badan sebab dia tak bagi duit budak tu minta. terus kena maki budak tu . haiih .. aku ingatkan kat semenanjung je ada pendatang.. Sabah pun ada rupanya.. seriuuss , kalau tengok dorang kesian taw. tapi kalau kita bagi sorang,then akan datang lagi kawan-kawan dia minta dgn kita. tadi kan kita baik hati bagi kat kawan dia. dia apa lagi,sebarkan bahagia la. haha :) nak buat tak tahu tak sampai hati, bagi la jugak, kenapa ek dorang macam tu?? kalau tolong basuh pinggan kat kedai makan pun bole dapat duit kan.. sesungguhnya mereka je yg tahu kenapa mereka buat macam tu. penat + puas hati kami membeli belah tadi, kalau ikutkan hati semua nak borong. biar satu taman perumahan dapat souvenir dari Sabah. ceh, belum p oversea lagi ne. dengan pilihan yang banyak sampai aku rambang mata. aku beli satu set kerongsang mutiara . Rm50 je taw. lepas dipujuk dan dirayu lah.. hihi.. dalam tu ada 12 biji. aku pun tak tahu lagi nak bagi sape. huhu. then aku beli gelang mutiara untuk tok girl & wan aku . mesti dorang suka. tak lupa juga kat jiran terbaek aku.. amboiihh... jiran kaw... untunglarrrr sape jadi jiran aku tu tw :) apa lagi ek ? haa .. untuk mak mentua tak jadi aku pun aku beli taw. yelah,dia suka kerongsang tak salah kan aku bagi . kerongsang tu kami beli 8 kotak dengan harga rm100 . murah kan ?? banyak lagi  dan macam-macam ada kat sini.jemput-jemput laa datang melancong ke Sabah.. hihi.. ermm.. yang paling penting ikan terubuk masin dengan belacan Sabah .. terbaekkkk kan.. hoho.. seriusss rasa macam aku datang sini nak melancong je .. tadi pun ramai giler orang . dan yang penting orang-orang sini sangat friendly even tak semua la kan.. 
 Alhamdulillah, aku  bersyukur sangat -sangat ke hadrat ilahi kerana bagi aku peluang untuk belajar dan seterusnya melancong dan berkahwin (ehhhh ) di Sabah ni.. betul cakap lecturer aku, seminggu duduk sini memang rasa nak balek. tunggu lagi 3 bulan mesti dah sayang .. hihi ... masin mulut dia. sekaranggg ... 
i LOve Sabah .. hehehehe :)


happy gler aku dapat beli belacan Saba & ikan terubuk masin :)



lepas solat pun sempat posing lagi
masjid ni cantik sebab macam rumah kampung ad tangga . hihi


ok.ni bukan semua barang yang kami beli
(tak termasuk dalam beg lagi )


yang penting before balek kami melantak dulu
1 ekor ikan susu ( makcik tu yg cakap)
1 ekor ikan pari dan 6 ekor sotong
kami makan 4 orang dengan harga rm48
murah ke mahal???
ok la tu kan... cara kat sini pelik sikit sebab dorang akan pamerkan ikan2 dan seafood lain dan kita pilih.
then kita duduk dan dorang bagi nasi
so kita makan la seafood yang kita pilih td dengan sambal dan ada sayuran macam rumpai laut.
tapi kitrg tak ambik pun sayur tu.
pelik je sebab macam kaki sotong.
so, kalau yang na bercuti di Sabah ni gerenti puas hati !
hihi
i Love Sabah :)
peace no war 
(-_-)

Thursday, January 12, 2012

Istidraj





assalamualaikumm.. eh eh eh ..ni aku nak share satu benda penting tw. kalu dalam post aku yang before ni aku selalu pelik kan kenapa ada orang yang berjaya tanpa usaha . tenkiuuuuuuu sesangat kat kawan aku yang shared pasal ni kt FB . mari sama-sama kita baca.
renung-renungkan dan selamat beramal :)

okay, macam yang  kita tahu ilmu tu pelita hidup kan atau lebih padan  Cahaya  dan tidak akan memasuki hati yang gelap. macam yang berlaku pada diri aku or mybe korang jugak,kita tengok kawan kita yang berjudi,minum arak (macam over sangat sebab aku takde kawan macam tu ).. senang cerita yang tak solat dan melakukan maksiat boleh berjaya sedangkan kita masih lagi terkial-kial walaupun da berusaha.memang la orang yang berbuat baik kepada Allah,taat kepada Allah  akan mendapat ganjarannya yang baik tapi kita tengok kawan kita tu tak solat tapi result dia or bisnes dia mendapat kejayaan sedangkan kita pula hidup dengan tekanan dan penuh cabaran untuk mendapatkan kejayaan tersebut.kita juga tahu bahawa Islam ini benar tapi kita sering tengok orang bukan Islam yang  lebih berjaya dan umat Islam tertindas dalam kehidupan..( Aku pun mengingati diri sendiri jugak ni )


okay,korang taw apa itu istidraj ?
aku pun baru tw thats why aku nak kongsi dengan korang :)
sharing is caring kannnn... hihi

istidraj adalah satu kalimah yang menunjukkan kepada keadaan di mana seseorang itu dilimpahi rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya,walaupun dia bukan hamba Allah yang taat.

maksud istidraj ialah apabila Allah memberikan kejayaan,harta kekayaan ,rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu lebih jauh dariNYA. biasanya orang yang mendapat istidraj ini adalah orang yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan dan tidak berusaha untuk mengenali ALLAH

Contoh kita dapat lihat dalam kisah  Qarun,seorang manusia yang sangat kaya. kisah Qarun ni terdapat di dalam Al-Quran. hartanya melimpah ruah. segala perniagaannya menjadi dan hartanya semakin hari semakin bertambah sedangkan hasil semalam pun tidak luak lagi. tetapi apabila Nabi Musa mengingatkannya tentang kekayaannya dengan angkuh dia menjawab,
''Tidak,semua ini adalah dari hasil ilmuku''...
kita dapat lihat di sini,ILMUKU..dia nyata semakin jauh dari ALLAH..saban hari dia memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa yang terdiri daripada orang miskin dan hamba. Akhirnya Qarun ditenggelamkan ke dalam bumi dengan hartanya ..SubhanALLAH..
apakah yang akan timbul di hati korang apabila korang ni jenis yang melazimi dosa-dosa,melakukan maksiat,kemudian korang berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. apa agaknya yang korang fikirkan ??

mesti korang cakap,
''tengok,aku tak seolat pun aku berjaya''..
siapa kata solat tu bawa kejayaan?
 apa yang terjadi kepada korang,korang berjaya dan korang semakin jauh dari ALLAH.. itulah Istidraj ..
kalau nak tahu lagi bole cari sendiri lah..
aku share ni nak mengingatkan diri aku sendiri dan jugaa semua.
sama-samalah kita menjauhi ISTIDRAJ ...

Alhamdulillah,segala persoalan aku terjawab sebab aku selalu mempersoalkan kenapa ada orang berjaya tanpa beriman kepada ALLAH.. bukan la aku nak cakap aku ni baik sangat tapi aku sure ada jugak orang lain yang fikir macam aku ni kan. walaubagaimanapun..kita mesti berusaha juga nak dapatkan apa yang kita mahukan. berusaha dan kemudian tawakal.. InsyaAllah.. DIA maha mengetahui :)


I'm Coming Home :)


Assalamualaikuuumm.. vrooomm..vrooommm..
 babyku di rumah dah menyeru namaku.bila la tuanku maw pulang ne,bawak aku p jalan-jalan.. hikhikhik.. ari ni satu lagi subjek teras dah aku selamat jawab dengan tidak jayanya. 
adoi... banyak sangat salah. kesian Dr. B, penat dia ajar aku tapi tu yang aku balas.
kalau perlu repeat aku nak repeat Dendrology tu (tanda menghargai beliau ) haha.
 bole ke cmtu.. tapi law result pun oke ,alhamdulillah maybe aku pertimbangkan jugak nak repeat tu.
 enam hari lagi nak balek :) macam mana nak balek 'hatiku di kinabalu ' ni.. ehhh???
 haha.. ndalaaaaa... mesti aku rindu dekat Ums yang aku benci sangat dulu ni .. sedangkan cuti matrik yang 2 minggu pun aku bole rindu.
 ni first time aku balek lepas 4bulan aku tak balek rumah. hukhukhuk. rindunyeeee ~ . 
macam mana nak balek selalu law kos aku balek kali ni pun hampir rm100o. kenapa banyak sangat? ok,beli tiket dah la lambat sebab nak tunggu jadual exam kuar. 
bila tiket da beli p tukar lagi sebab lambat sangat. harga tiket asal Rm462 dan kena penalti lagi bayar Rm100.
 lepas tu nak balek Kuantan mengada-ngada macam anak orang kaya nak naik flight jugak . beli tiket pun da lambat so dari harga Rm162 jadi lah Rm244. 
then nak balek nanti KOMPEM laa nk kena beli souvenir untuk orang-orang kat sana. Wahhh. dapat bayangkan lagi tak duit yang akan mencurah ke ladang gandum lagi lepas ni. 
nasib baik la tiket yang mahal tu aku pakai duit ptptn aku..
 tak la sesak sangat abah nak bagi aku duit. hukhukhuk.
 kesian abah, balek nanti nak bayar yuran yang mahal berdentum-Dentum tu lagi..
 adoii.. poningnyaaaaa dengan duit ni. kalau bole aku taknak pun mintak duit dia sebab aku ada ptptn. 
Tapi aku tak minta dia masukkan jugak .Oke,maybe ada rezeki lebih yang dia nak share dengan anak kesayangan dia ni. HAHA . (perasan )..
 Biarlah.. aku balek nanti msti adik aku cakap. Along,ko ni anak manja ork . HOHO.. sakai adik aku sorang tu . tak sabar nye nak balek. biar la kos tinggi mana.. Duit kann bole dicari...
naik sem depan da bole mohon MAS CARD :)


OKE,, mai kita tengok benefit dan privileges apply kad ni :)
  1. 50% discount for domestic economy class airfares
  2. free 10kg baggage allowance
  3. 5% off for purchase Masholidays packages
oke ada banyak lagi benefits dia tapi aku malas nak taip,so p tengok dekat FB aku sebab aku ada share . nak share kat cni tak bole :)
selamat memohon .. huhu


Tuesday, January 10, 2012

Bunga-Bunga Cinta






hihi.. cumiLnyeee dorang :)

Assalamualaikuuummmmmm .. hihi :)
wak gapo tuu.. ore duk ngaji aku dok main fb . nakal teh .. 
lusa exam dendro,pastu tinggal dua lagi exam .. adeiii.. tak sabanyee nak balek.
tapi nak balek pun aku rungsing jugak.menyesal pulak rasa tukar tiket ari tu. 
barang-barang nak bawak balek tak beli lagi. biasalah orang duduk oversea kaannnnn.. (perasan gler ko )
ikan terubuk masin,gelang mutiara,kerongsang... sume tu bermain di bibir aku dan kawanku (eh,yeke ? )
aku bukan nak cerita pasal ikan masin pun,tapi nak share satu lagu ne.. mesti yang selalu tengok tv da dengar tapi aku kan duduk oversea,jarang jumpa tv tuu..rumet aku cakap sejak akhir-akhir ni aku jiwang .. ehh .. mana ada.. post2 aku di fb pun CINtaaaa je.. da tu knp ek?? kebetulan je tuu kann.. jangan la fikir bukan-bukan pulak plus jangan fikir aku dilamun cinta.MEMANG TAK la kann :)
jum nyanyi ramai-ramai :D

***Bunga-Bunga Cinta***
tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

*tulus hatimu buka mataku
 tegar jiwamu hapus raguku
 membuncah di hati harapan dan suci
 menyatukan janji

reff#

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNYA
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta...

Monday, January 9, 2012

Astaghfirullahalaziiimmmm :)





Ya Allah,kuatkan hatiku untuk berhadapan dengan ujian Mu,,
sesungguhnya ujianMu itu adalah untuk orang-orang yang terpilih sahaja..
assalamualaikumm :)
haiii.. apa khbar sume? harap2 sihat lah ek..
ermm.. seminggu je lagi aku nak balek . hihi .. excited taw nak naik belon lagi (eh,xlaaa)
tak sabar nak jumpa family. sebelum ni tak sabar nak jumpa family dan 'dia'.
Ya Allah,sakitnya hati ni Tuhan je yang taw. dengan perangai yang EGO dan buat tak tahu 'dia' tu membuat aku makin sakit hati. ye,memang  kita da putus tapi tolonglah jelaskan apa yang patut. janganlah diam macam tu je. atau 'dia' sedang gembira or ketawakan aku yang bodoh sebab percaya 'dia'.
bila teringat hal tu,, airmata dan Al-Quran yang jadi penenang jiwaku.
sebenarnya takde sebab pun aku nak menanges or mengingat apa yang dah berlaku.tapi maybe sebab aku sayang dan aku tak jangka akan jadi macam ni.
calon suami ! tu yang aku harapkan dari 'dia'.. tapi tengok lah apa 'dia' buat..apa 'dia' buat??? 'dia' tak buat apa2  pun. that's the problem !
aku ke yang bodoh sayang kat 'dia' or 'dia' yang bodoh tak tahu nak menghargai aku. 
penatnyeeeeeeeeeee... hukhukhuk :'(
aku benciiiii lelaki penipu !!!
bodohnya kau syira nak tension sebab lelaki.. chiilllll suda :)






ni aku nak share utk korang :)


sucikan lidahmu dengan menyebut qalam2NYA,
bersihkan hatimu dengan memuji kebesaranNYA,
moga jasadmu,serta rohanimu sentiasa diredhaiNYA..
mudah-mudahan kamu dipilih menjadi hiasan dunia yang paling indah :)
InsyaAllah ....

eh eh eh jap jap.. korang nak baca cerita best tak???
p jadi follower kat blog Fatimah Syarha .. Sebarkan Bahagia :)
beesssstttttttt....

Saturday, January 7, 2012

Aku dan ScandaL





kitorang kawan je :)

psssttttttttttt ...... Assalamualaikummmmm.. selamat pagi or in english, Morning ! haha
best tak tajuk entry aku pagi ni. eh pagi ke or aku yang bangun lambat.
pagi la der.. baru pukul 9.30 waktu Sabah . huhu (sebenarnya sama jgk waktu dgn smnjung )
tajuk nak hot saje ko ni syira. biarlah . ada aku kesah ke :p
Aku dan Scandal tuu.. xley bla langsung tajuk entry. tengok tajuk mesti orang ingat aku ramai scandal kan.
oh,please la tukar perception tu (kalau itu yg korg fikir lah )
sebab dengan muka aku yang memang sentiasa nak ajak bergaduh ni,ada ke orang nak berscandal dengan aku?
pakwe pun tak tahan sebab nak gaduh hari2. tapi aku yang nak putus (kesiankan dia kena marah hari2 )
aku tak suka digelar atau dapat gelaran tu if aku rapat dengan seseorang. but you know what?
what you give you get back ! bila aku cakap kat orang,orang akan cakap kita balek. 
sebab tu la kalaw bole aku nak kurangkan aktiviti mengata orang ni ( eh macam tu aktiviti rutin pulak kan )
astaghfirullahalazimmmmmmm...
tipu lah kalau korang tak penah ada scandal. tp scandal tu apa ????
okok2, biar aku terangkan dengan Law's of syira .

1. seorang boy dan girl berkawan rapat
   (kalau ayat artis, alaaa teman tapi mesra )
2. boy dan girl tu kalau keluar mesti kuar berdua
   (alaaa,, konon2 teman kawan tapi sebenarnye dalam diam berdating )
3.boy dan girl tu sering dilihat bersama-sama
  (di mana ada dia mesti ada kamu . haha )
4. boy dan girl tu. kalau bole sepanjang masa nk texting
   (alah, da mcm bf dan gf )

nama sopan untuk hubungan ni adalah Teman Tapi Mesra,kalau korang terjebak dengan hubungan ini,
ingatlah !!
Gosip-gosip Liar
  • mulut-mulut orang biasalah (termasuk aku ),kawan baik sendriri pun kena fitnah ( tu bukan aku oke )
  •  betul lah tu..tapi perception orang ( TERMASUK AKU ) yang semua ada mata dan mulut untuk melihat dan berkata-kata.

Hadir Perasaan Cemburu
  • definisi kasih sayang terlalu luas,tak dapat digambarkan.
  • lumrah manusia akan menikmati or merasai rasa sayang tu.tipu lah kalau takde secebis pun kasih sayang dalam hubungan macam ni
Teruskan Kehidupan Seperti Biasa
  • jangan pulak da ada TTM ni korang taknak cari teman hidup
  • ingat lah,TTM ni takkan jadi peneman kita seumur hidup
Memberi Harapan
  • dalam situasi ni kita perlu hati-hati dengan kata-kata kita sendiri.tanpa sedar mana tahu kita bagi harapan palsu yang boleh melukakan hati seseorang
pH'kan Kemesraan Menjadi Neutral
  • jangan buat salah seseorang menjadi istimewa terutamanya kepada perempuan !
  • sifat perempuan mudah cair apabila dihargai,tidak mustahil mereka akan menyimpan perasaan kepada lelaki tersebut.
tamatkan hubungan ini kalau korang rasa memudaratkan terutama kalau korang dah ada gf or bf
tapi tak mustahil juga hubungan ni bertukar kepada percintaan :)
semua yang dorang buat sama macam apa couple yang bercinta buat cuma yang bezanya dorang tak declare hubungan dorang.
dulu time kat matrik aku pernah la terjebak dalam kancah maksiat scandal ni tapi sekejap jela.kenapa ek ktrg berscandal ?? owh ya.. aku tak nak couple lagi ( konon2 tak dapat lupakan ex, puiiiiii )
ktrg jarang dilihat bersama tapi aku tak taw apa yang menyebabkan orang taw pasal kami. oke, texting 24 jam.. malam on call (eh , betul ke )
tapi lelaki ni kita sukar nak jangka kan.. kadang2 aku rasa tak nak percaya langsung tapi tu lah. dah lumrah kot perempuan memang selalu kena tipu dengan lelaki.
dengan kita dia cakap cmni, and at the same time dengan orang lain pun dia cakap benda yang sama.
please laaa.. kalau ada apa2 yang tersirat bg tw aku sendiri. korang lagi suka aku ketawa kena tipu darpada menangis bila tw kebenaran.
dengan perasaan yang kecewa dan rasa yang bodoh sangat mcm orang jadikan aku sebagai game dorg. penah rasa takk???
ehhh .. kenapa keluar cerita dia ni..
tapi takpe,lepas kecewa aku bangkit dengan harapan setinggi gunung Kinabalu sampai aku tercampak sambung stdy di negeri ini.. huhuhhu .. Alhamdulillah.. aku sedar dari mimpi buruk tu.. hoho
yang da lepas tu biarkan berlalu.. cewwaaahhh .. ayat tuuu..
aku taknak benda yang sama jadi lagi kat universiti ni . aku taknak perkara tu berulang lagi.
adoii.. wahai lelaki.. penat taw rasa sakit hati dan dikhianati ni.
walaupun tanpa niat,tanpa sedar apa yang korang cakap sedikit sebanyak memberi harapan or memberi kesakitan kpd si penerima.
hati perempuan sensitif.. berhati-hati lh dengan kata2 anda ek :)
kalaw rasa best aku pun nak sokmo..
haaa.. lagi satu..
sila lah buka minda dan berfikirlah di luar khatulistiwa
ehh ??
kawan rapat tak semestinya scandal
(peringatan tu untuk aku dan kawan2 ku jgk )
peace :)

Friday, January 6, 2012

Zaman Sekarang Boy lagi Manja Dari Girl



assalamualaikummmmm..
huhuhu... ari ni nk share pasal lelaki.. aku ada terbaca kat blog sape nth.
so, aku pon copy,edit & baru paste kat sini.
jemput la baca .... 


bila lelaki jatuh cinta & setia pada kekasihnya dengan ikhlas,banyak perubahan akan terjadi pada diri dia.
hati lelaki yang sekeras buah keras sebelum ni akan menjadi lembut seperti gula-gula kapas. yang cair bila masuk dalam mulut apabila dah jatuh cinta dengan ikhlasnya.. susah kan nk jumpa.. ada lagi ke lelaki sekarang yang jatuh cinta dengan ikhlas?
sekeras-keras hati lelaki, beliau pun akan menangis kalau dilukai..
memea laaa.. sape cakap lelaki ni takde perasaan??
kalau ditinggalkan kekasihnya dia akn serik dan tak percaya mana-mana perempuan lagi.
apabila datang orang ketiga dia jadi tak keruan dan akan berusaha mempertahankan kekasihnya.
bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata untuk kekasih mereka.
HARGAILAH mereka...
kepada semua wanita yang bertuah yang menerima cinta yang ikhlas dan setia dari seorang lelaki,
hargailah mereka seadanya krn jika seorang lelaki itu menanges jika ditinggalkan kekasihnya lihatlah betapa bodohnya wanita itu...

sekian.. wasalam :)

Thursday, January 5, 2012

Penipu




assalamualaikum 
selamat malam semua (macam ramai je kan )
ehhh korang da baca ke gosip terbaru ? alah pasal budak yang dapat 100A tuuuu .. eh yeke 100 :p
nak tegakkan benang yang da basah, sama la macam nak letak madu dalam tepung . (ehh,bole ke cm tu ? )
lepas tu dah timbul pulak fitnah dekat Ustaz Azhar Idrus.. ni lah manusia. orang da buat baik pun kena fitnah. aku suka dia. korang suka tak ? p la baca komen dia dekat fb .. atau kuliah-kuliah die kt you tube . memang best. dia bagi kuliah dengan cara tersendiri... dia jawab soalan sempoiii habes.. haha. klakar tul :)
kawan2 .. mari lah kita doa supaya UAI jauh dari fitnah manusia yang jahat tu.. Aminnnnn...
tu sampingan jela kan.. sebenarnye post aku malam ni nak cerita pasal lain.. aduuuiii.. 
aku tak suka menipu dan ditipu !
tolonglah kalau jadi orang (lebih-lebih lagi lelaki )
memang la manusia tak pernah wat salah. aku pun tak lari dari menipu tu even aku sendiri tak suka .. tapi kalau main bab perasaan ni. pleasssssseee lah ! huh.. tension aku dengan perangai lelaki ni. kenapa la susah sangat nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas nak kan aku. 
memang lah aku tak cari tapi...
memang Allah akan temukan kita dengan orang yang salah .. tapii kenapa lelaki ni.. adoi... cannot be describe by words. haha
selalu memberi harapan dengan kata-kata manis yang palsu . sumpah ! aku benci lelaki yg suka main ayat nak pikat perempuan ni.
tapi salah pempuan ke kalau percaya dengan kata-kata lelaki tu ?
hurmmm.. ntahla ..tak tw nak kate pe.. 
apa-apa pun.. betul lah ayat ni..


''Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

Wednesday, January 4, 2012

Cuti Semakin Dekat

assalamualaikummmm.. weheuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
cuti dah mai dah.. tak sabaq cek nak balek ghumah .. hihihi
1st paper baru start esok. hee~~ 
stdy ? minggu study week ne aku banyak tidur je. awal2 aritu je semangat bangun awal.
haissshhh .. gimana nii... alaaa.. lw aku stddy lebeh2 pun orang yang tak stdy tu result lagi okay dari aku, tak percaya ?? tengok lah nanti .
Ya Allah .. tak sabarnyeee aku nak balek rumah . hihi . excited betull nak jupe orang-orang pekan tu . ngeee~~
eh eh nak tawu takkkk..
mcm biasa taw kawan aku yang sorang tu hari-hari sms aku . sms yang selalu mendoakan aku. baik betul dia tu tapi aku tak balas pun. jahat kan aku. dia baik sangat , malu aku nak kawan dengan dia. aku taknak kesilapan lama berulang lagi.

ni sms dia untuk malam ni .
just nak share :)

ku berdoa padaNYA,
agar senyuman terukir di wajahmu tika bangkit dari tidur,
ku pohon padaNYA,
agar dirimu dilimpahi rezeki yang halal disamping keberkatan yang dirahmati sepanjang hari,
agar dirimu diberi ketenangan menghadapi saat-saat getir,
agar diberi ketabahan menghadapi ujian dariNYA,
agar dirimu tergolong dalam golongan hamba yang dikhabarkan berita gembira..
ku rayu padaNYA,
agar dirimu sentiasa ceria,
agar dirimu sentiasa bahagia,
agar dirimu sentiasa dipelihara,
agar dirimu sentiasa didatangioleh golongan yang memberatkan agama,
agar dirimu dijauhkan dari golongan yang melalaikan,yang meremehtemehkan soal hukum hakam,
agar mudah ba dirimu disini dan juga disana..
ku tadah jemari ini,
ku rapatkan dahi ini,
dan ku pinta,
jika diriku ini adalah pendosa yang menggelincirkanmu dari kebenaran, maka jauhkan aku darimu..
aku berharap dirimu menjadi hiasan dunia yang paling indah, iaitu seorang Solehah..
dan ditemukan dengan seorang yang Soleh yang sekufu denganmu..
moga kejayan & kebahagiaan milikmu..
selamat malam :)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year

assalamualaikummmm...
hihi.. selamat tahun baru ye sume :)
dkt fb sume nk wt status tukt nak masuk 20, hilang dah teen tuuu.. so??
aku yang masuk 21 ne rileeekkk je.. tak sabar nak mengundi .HAHA.
dengan tahun yang baru ni mesti korang sume semangat dgn azam tahun baru kan. tp make sure la azam korang tu tercapai and PLUS  tak perlu tunggu tahun baru ntuk ada azam ingin berubah tuuu ~
azam aku tahun lepas . NAK RAJIN MANDI . HAHA
sebab? aku mls mandi la.. deiiii.. tanya lg n skrg azam tu alhamdulillah .. tercapai jgk menjelang 2012 ni.. huhu
tahun ni apa pulak azam aku ek .. nth laa.. dari dulu azam aku nk jadi yg lebih baik mcm susah je nk tercapai.
ingin menjadi wanita solehah demi pemilik tulang rusukku ini nanti. cewwaaahhhh .. kelaass kaw jah . !
susah taw.. aku ada terjumpa dlm fb .. :

:ciri- ciri wanita yang hantaran dia rm10000:


  •       menutup aurat
  •       menjaga agama
  •       pandai menjahit
  •       pandai memasak
dengan angan-angan aku yang nak hantaran rm20 000 - rm 25 000 tu memang aku tak layak lah nak dapat . 

sentiasa berusaha menjaga nama Hawa dan menjaga peribadi diri sebagai wanita :)
     

for new year ne :)

 Selamat Tinggal 2011
Lambaikan Lambaian Iman Pada Kemungkaran Tanda Perubahan Kepada Kebaikan,
Untuk Tahun 2012,
Tolong Paksa Hati Untuk Hidup Bahagia
Paksalah Dengan Ilmu Yang Benar & Lurus,
Yang Terpampang Janji-janji Kebahagiaan dariNYA,
Moga Dipermudahkan :)

fRom : Said :)