Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 12, 2012

Istidraj





assalamualaikumm.. eh eh eh ..ni aku nak share satu benda penting tw. kalu dalam post aku yang before ni aku selalu pelik kan kenapa ada orang yang berjaya tanpa usaha . tenkiuuuuuuu sesangat kat kawan aku yang shared pasal ni kt FB . mari sama-sama kita baca.
renung-renungkan dan selamat beramal :)

okay, macam yang  kita tahu ilmu tu pelita hidup kan atau lebih padan  Cahaya  dan tidak akan memasuki hati yang gelap. macam yang berlaku pada diri aku or mybe korang jugak,kita tengok kawan kita yang berjudi,minum arak (macam over sangat sebab aku takde kawan macam tu ).. senang cerita yang tak solat dan melakukan maksiat boleh berjaya sedangkan kita masih lagi terkial-kial walaupun da berusaha.memang la orang yang berbuat baik kepada Allah,taat kepada Allah  akan mendapat ganjarannya yang baik tapi kita tengok kawan kita tu tak solat tapi result dia or bisnes dia mendapat kejayaan sedangkan kita pula hidup dengan tekanan dan penuh cabaran untuk mendapatkan kejayaan tersebut.kita juga tahu bahawa Islam ini benar tapi kita sering tengok orang bukan Islam yang  lebih berjaya dan umat Islam tertindas dalam kehidupan..( Aku pun mengingati diri sendiri jugak ni )


okay,korang taw apa itu istidraj ?
aku pun baru tw thats why aku nak kongsi dengan korang :)
sharing is caring kannnn... hihi

istidraj adalah satu kalimah yang menunjukkan kepada keadaan di mana seseorang itu dilimpahi rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya,walaupun dia bukan hamba Allah yang taat.

maksud istidraj ialah apabila Allah memberikan kejayaan,harta kekayaan ,rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu lebih jauh dariNYA. biasanya orang yang mendapat istidraj ini adalah orang yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan dan tidak berusaha untuk mengenali ALLAH

Contoh kita dapat lihat dalam kisah  Qarun,seorang manusia yang sangat kaya. kisah Qarun ni terdapat di dalam Al-Quran. hartanya melimpah ruah. segala perniagaannya menjadi dan hartanya semakin hari semakin bertambah sedangkan hasil semalam pun tidak luak lagi. tetapi apabila Nabi Musa mengingatkannya tentang kekayaannya dengan angkuh dia menjawab,
''Tidak,semua ini adalah dari hasil ilmuku''...
kita dapat lihat di sini,ILMUKU..dia nyata semakin jauh dari ALLAH..saban hari dia memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa yang terdiri daripada orang miskin dan hamba. Akhirnya Qarun ditenggelamkan ke dalam bumi dengan hartanya ..SubhanALLAH..
apakah yang akan timbul di hati korang apabila korang ni jenis yang melazimi dosa-dosa,melakukan maksiat,kemudian korang berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. apa agaknya yang korang fikirkan ??

mesti korang cakap,
''tengok,aku tak seolat pun aku berjaya''..
siapa kata solat tu bawa kejayaan?
 apa yang terjadi kepada korang,korang berjaya dan korang semakin jauh dari ALLAH.. itulah Istidraj ..
kalau nak tahu lagi bole cari sendiri lah..
aku share ni nak mengingatkan diri aku sendiri dan jugaa semua.
sama-samalah kita menjauhi ISTIDRAJ ...

Alhamdulillah,segala persoalan aku terjawab sebab aku selalu mempersoalkan kenapa ada orang berjaya tanpa beriman kepada ALLAH.. bukan la aku nak cakap aku ni baik sangat tapi aku sure ada jugak orang lain yang fikir macam aku ni kan. walaubagaimanapun..kita mesti berusaha juga nak dapatkan apa yang kita mahukan. berusaha dan kemudian tawakal.. InsyaAllah.. DIA maha mengetahui :)


0 comments:

Post a Comment