Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, February 7, 2012

Baju Melayu Vs Baju Kurung




assalamualaikummmm :)
rajin pulak aku nak buat entry ari ni.. nampak sangat bosan tahap sipanze. 
bangun tidow makan.. pastu tengok tv.. pastu makan lagi .. haaa.. boleh bayangkan tak tahap kesihatan aku ? 
berat badan kompom naik ni dari 48kg sebelum aku balek aritu.. sekarang agak2 da 52kg ni. huuhu
ma cakap takpelah, balek sana nanti kurus balek. haiii.. ingat senang nak kurus . haha
eh bukan nak cakap pasal kurus or gemuk . korang mesti pernah dengar ayat ni kan..

'' Orang perempuan jatuh cinta dengan apa yang mereka dengar (kata-kata) Orang lelaki jatuh cinta dengan apa yang mereka lihat (rupa paras) Sebab itulah orang perempuan bersolek dan orang lelaki berbohong ''

bila difikirkan dan ditambah dengan pengalaman aku ( mcm banyak sangat je pengalaman tu kann ) memang tepat sekali ayat  di atas tu. yelah kan orang jatuh cinta biasanya akan cakap 
' dari mata jatuh ke hati ' atau 'cinta pandang pertama'.. bagi lelaki apa yang dipandang pada sorang perempuan ialah kecantikan . tapi aku tak nafikan bukan semua lelaki macam tu. aku pernah tanya kawan lelaki aku..
apa yang lelaki pandang pada sorg perempuan ?
dan dia jawab 1st sekali tengok rupa,cantik or tak . kalau tak cantik tengok body .. see what ?? 
boleh bayangkan tak korang bila lelaki tengok kita ni perempuan. Astaghfirullahalaziimm.. 
sebab tu la kita kena jaga aurat kita ni untuk mengelak daripada pandangan yang dipengaruhi syaitan tuu..tapi tu pendapat kawan aku tu la.. 
(aku cakap ni untuk diri sendiri jugak tw )
aku tak pasti la semua lelaki mcm ni atau tak. tapi seriussly aku setuju sangat dengan ayat tu. that's why la kan perempuan pakai make up, bercantik-cantik.. semua tu untuk tarik perhatian lelaki. cuba letakkan perempuan yang cantik,pakai make up dan dress nya pun up to date kat sebelah perempuan yang pakai baju kurung tanpa make up . korang dapat bayangkan tak perempuan mana yang lelaki akan pandang dulu ?
tapi kalau lelaki tu tak pandang luaran dia akan nampak kecantikan dalam diri perempuan yang tak pakai make up tu. cantik tu kan subjektif .. tak hairan la kalau lelaki akan pandang yang cantik tu. perempuan pun macam tu jugak. kalau ada lelaki hensem tak berkelip la mata memandangnya ( tu aku , haha )
dengan make up dan kecantikan luaran tu lah lelaki akan jatuh cinta . tapi tu bukan la cinta sebenar , KOT la... pernah tengok lelaki hensem couple dengan perempuan gemuk ??? aku suka kalau jumpa couple yang macam ni sebab aku sure lelaki tu tidak memandang luaran .. tapi tak tw la kan kalau ada maksud yang tersurat & tersirat.. 
okay, perempuan pulak akan jatuh cinta dengan kata-kata.. sebagai contoh yang senang la kan. 
ayat-ayat cinta dari seorang lelaki tu yang akan buat perempuan tu jatuh cinta.. tak semestinya ayat tu mesti ayat-ayat cinta. hati perempuan ni sensitif .. mudah menerima tapi sukar untuk melupainya.. apa yang dia dengar yang tu lah dia akan terima bulat-bulat .. so,that's why la lelaki berbohong.. apa yang dikatakan semua Tipu !. walaupun TAK SEMUA tapi still ada lagi lelaki yang macam tu..
tapi dengan dunia yang modern sekarang ni lelaki ke perempuan same je. SAMA-SAMA MENIPU DAN DITIPU. .. so tak hairan la banyak kecurangan dan kes penceraian sekarang ni.
huhu... lancar betul aku menaip. rasa macam nak buat novel pulak tapi tak pandai lah. 
mengarut je nanti.. cakap pasal novel teringat pulak time form1 aku pernah try nak buat novel. lepas tu kawan aku jumpa buku yang aku tulis tu. apa lagi ramai-ramai dorang gelakkan aku . adehh .. malu takyah cakap la.. hiho
10 hb Feb  ni da 4 bulan aku single  tw :)
kalau ada yang nak masuk jarum, boley mintak no tel my Abah ye..
kita bercinta lepas kawen . hihi .. GATALL.. :)

terima kasih kerana membaca..

0 comments:

Post a Comment